3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – PENGGUNAAN VAGINAL RING / GELANG FARAJ

 

Apakah Vaginal ring?

  • Vaginal ring adalah sekeping plastik yang lembut dan fleksibel mengandungi hormon sintetik yang akan diserap ke dalam sistem pembiakan. Ia membantu mengawal kesuburan anda seperti hormon mencegah kehamilan yang lain. Vaginal ring adalah salah satu kaedah mencegah kehamilan yang diperolehi melalui preskripsi daripada doktor anda.
 

Bagaimana Vaginal ring berfungsi?

  • Vaginal ring menghalang ovari daripada membebaskan telur, yang juga dikenali sebagai ovulasi.
  • Menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang dan tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah.
  • Menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur disenyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.
 

Bagaimana anda menggunakan vaginal ring?

  • Vaginal ring dimasukkan ke dalam faraj anda di mana ia boleh dikekal selama tiga minggu. Ia akan dikeluarkan pada minggu keempat untuk membenarkan tempoh haid berlaku. Proses pemasukkan Vaginal ring yang berterusan pada akhir minggu keempat.
 

Bagaimanakah keberkesanan vaginal ring?

 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan vaginal ring?

Penggunaan vaginal ring mempunyai kesan sampingan yang serupa dengan penggunaan hormon kontraseptif yang lain seperti:

  • Pendarahan faraj
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Loya
  • Sakit dan tegang pada payudara
  • Keletihan
  • Kenaikan berat badan.
  • Perubahan selera makan.
  • Kesan sampingan lain mungkin termasuk: kegatalan kulit, jangkitan yis, dan kemurungan.
 

Gegelang vagina tidak harus digunakan oleh wanita yang:

  • Merokok
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Kanser payudara atau rahim
  • Mempunyai sejarah pembekuan darah
  • Mempunyai sejarah serangan sakit jantung atau strok
  • Alah dengan hormon
  • Mempunyai diabetes
  • Mempunyai penyakit hati
  • Mempunyai pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan.
 

Adakah penggunaan vaginal ring membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

  • Ya. Ovulasi biasanya kembali dalam tempoh beberapa hari selepas mengeluarkan vaginal ring, namun ia mungkin mengambil beberapa bulan bagi sesetengah wanita untuk hamil semula.
 

Apakah hubungan antara penggunaan vaginal ring dan penyakit kelamin?

  • Vaginal ring TIDAK memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit kelamin.
 

Soalan Lazim Mengenai vaginal ring:

Bilakah penggunaan vaginal ring mula berkesan?

 

Bolehkah anda menggunakannya semasa anda menyusu?

  • Jika anda sedang menyusu ataupun baru lepas bersalin, anda harus  mengambil nasihat daripada doktor anda tentang masa yang terbaik untuk memulakan penggunaan vaginal ring.
 

Apa yang anda harus lakukan jika vaginal ring terkeluar?

 

Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan vaginal ring?

Kebaikan vaginal ring termasuk:
  • Amat berkesan apabila digunakan dengan betul.
  • Anda tidak perlu ingat untuk mengambil pil setiap hari.
  • Anda tidak perlu pergi ke hospital atau klinik untuk mengambil suntikan setiap bulan
  • Tidak mengganggu semasa melakukan hubungan intim.
  • Kesan sampingan yang minimum.
  • Anda boleh hamil semula jika vaginal ring tidak digunakan.
 
Kekurangan vaginal ring termasuk:
  • Ia tidak melindungi terhadap penyakit kelamin.
  • Anda memerlukan preskripsi daripada doktor anda.
  • Ia memerlukan pemasukkan dan pembuangan vaginal ring setiap bulan.

Video ini menunjukkan info tentang penggunaan vaginal ring

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest