3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – PENGGUNAAN SPERMISID / SPERMICIDE

 

Apakah spermisid?

 

Bagaimanakah keberkesanan penggunaan spermisid?

  • Walaupun spermisid digunakan dengan betul setiap kali, tetapi ia mempunyai kadar kegagalan yang lebih kurang 26/100.  Penggunaan bahan kimia spermisid sahaja tidak dianggap sebagai cara berkesan untuk mencegah kehamilan. Spermisid harus digunakan dengan kaedah halangan lain seperti diafragma, serviks caps atau kondom. Ia mengurangkan kadar kegagalan yang lebih rendah iaitu lebih kurang 8/100.
 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan spermisid?

  • Terdapat beberapa kes menunjukkan ia memberi reaksi alahan terhadap bahan kimia dalam spermisid seperti kegatalan, lecuran atau mungkin kemerahan.
 

Adakah penggunaan spermisid membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

  • Ya. Spermisid tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas sama ada pembiakan lelaki atau perempuan. Ia adalah mungkin untuk hamil serta-merta jika ia tidak lagi digunakan.
 

Apakah hubungan antara spermisid dan penyakit kelamin?

  • Bahan kimia spermisid tidak menghalang hubungan faraj daripada kulit atau cecair air mani pasangan anda. Ia tidak dianggap sebagai cara perlindungan terhadap transmisi penyakit kelamin.
 

Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan spermisid?

Kebaikan menggunakan spermisid:
  • Apabila ia digunakan bersama dengan kaedah halangan lain seperti kondom diafragma dan sebagainya, kadar kegagalannya ialah 3-10%.
  • Spermisid adalah murah dan mudah diperolehi.
 
Kekurangan menggunakan spermisid:
  • Ia mesti dimasukkan kurang dari 20 minit sebelum persetubuhan.
  • Mesti dimasukkan bagi setiap perbuatan persetubuhan.
  • Ia memerlukan satu lagi kaedah halangan untuk mengelakkan kadar kegagalan yang tinggi iaitu 26%.
  • Spermisid TIDAK melindungi dari penyakit kelamin.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest