eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PENGGUNAAN KONTRASEPSI DARURAT- MORNING AFTER PIL

Apakah kontrasepsi darurat ( Morning after pil)?

  • Kontrasepsi darurat (Morning after pil) juga dikenali sebagai kontraseptif kecemasan. Kontrasepsi darurat adalah dos yang tinggi untuk beberapa jenis pil kawalan yang terdiri daripada estrogen dan progesterone atau progesterone sahaja. Kontrasepsi darurat biasanya disediakan sebagai preskripsi kepada sesiapa di bawah umur 18 tahun. Ia merupakan salah satu kaedah mencegah kehamilan yang sering digunakan sekirannya berlaku persetubuhan yang tidak dilindungi, kes rogol ataupun sekiranya kaedah mencegah kehamilan yang digunakan gagal berfungsi.
 

Bagaimanakah kontrasepsi darurat berfungsi?

Penggunaan Kontrasepsi darurat boleh membantu mengawal ovulasi dan kesuburan yang serupa dengan cara penggunaan hormon untuk mencegah kelahiran yang lain seperti:

  • Menghalang ovari daripada membebaskan telur, yang juga dikenali sebagai ovulasi.
  • Menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang dan tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah.
  • Menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur disenyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.
 

Bagaimanakah anda menggunakan kontrasepsi darurat?

  • Dos pertama pil diambil secepat mungkin, diikuti dengan dos yang seterusnya iaitu 12 jam kemudian. Kontrasepsi darurat ini harus diambil dalam tempoh 24 jam untuk memberi keberkesanan yang maksimum.
 

Bagaimanakah keberkesanan penggunaan kontrasepsi darurat?

  • Kontrasepsi darurat mengurangkan kemungkinan kehamilan sebanyak 75-89% bergantung kepada jenis ubat yang diambil. Kaedah ini paling berkesan jika anda mengambil kontrasepsi darurat secepat mungkin selepas hubungan seks dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Oleh itu, semakin awal anda mengambil, semakin berkesan kontrasepsi darurat melindungi anda daripada kehamilan. Walaubagaimanapun, kontrasepsi darurat tidak seharunya digunakan sebagai pengganti kaedah lain.
 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan kontrasepsi darurat?

Kontrasepsi darurat mempunyai kesan sampingan yang serupa dengan penggunaan hormon kontraseptif yang lain termasuk:

 
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Muntah
  • Loya
  • Tempoh yang tidak teratur
  • Kelembutan payudara
  • Sakit perut
 

Kontrasepsi darurat boleh menjejaskan tempoh kitaran haid anda dengan menjadikannya lebih awal atau kemudian, atau menyebabkan aliran pendarahan adalah berbeza daripada biasa.

Kontrasepsi darurat tidak digalakkan untuk wanita yang sedang hamil. Anda perlu mengambil ujian kehamilan jika anda mengalami sebarang gejala kehamilan. Pada masa ini, tiada kajian yang menunjukkan bahawa sebarang kemudaratan dilakukan kepada perkembangan bayi dalam kandungan jika kaedah ini gagal mencegah kehamilan.

 

Apakah hubungan antara kontrasepsi darurat dan penyakit kelamin?

Video ini menunjukkan info tentang penggunaan kontrasepsi darurat (morning after pil)

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest