3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

PENGGUNAAN FORCEP SEMASA KELAHIRAN BAYI SELAMAT?

 

Penggunaan forcep semasa kelahiran semakin berkurang apabila pembedahan cesarean dan penggunaan vakum telah meningkat. Kini, kebanyakan penggunaan forcep hanya digunakan apabila kepala bayi kelihatan atau tergantung di bukaan serviks. Forseps adalah serupa dengan penyepit dimana ia digunakan untuk menarik kepala bayi perlahan-lahan untuk mempercepatkan proses kelahiran bayi. Jika kepala bayi masih berada dalam bahagian atas rahim, forcep tidak digunakan manakala pembedahan cesarean merupakan pilihan yang baik untuk kelahiran bayi. Ini disebabkan oleh forcep mungkin memberi risiko kecederaan kepada bayi anda.

Apakah kesan yang mungkin berlaku jika penggunaan forcep semasa kelahiran ?

  • Kawasan muka bayi mungkin merah dan lebam . Ini biasanya akan hilang dengan cepat.
  • Trauma pada saraf muka bayi mungkin terjadi. Walaubagaimanapun, trauma ini jarang kekal dan kesan ini biasanya akan hilang dalam masa beberapa hari.
  • Bayi mungkin dilahirkan dengan kepala berbentuk “cone-shaped”. Kesan ini dianggap biasa kerana ia juga mungkin terjadi kepada bayi yang dilahirkan normal tanpa bantuan.
   

Bagaimana prosedur ini dijalankan semasa kelahiran?

  • Sebelum prosedur ini mulakan, pundi kencing mesti dikosongkan melalui kateter.
  • Doktor akan memastikan serviks anda telah terbuka sepenuhnya.
  • Kedudukan bayi adalah ke bawah dan harus berada dalam keadaan tergantung di bukaan serviks.
  • Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi, tulang pelvis ibu dan saluran kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses kelahiran sebelum forsep dimasukkan.
  • Doktor mungkin membuat episiotomi untuk memudahkan forsep dimasukkan jika perlu dan seterusnya memegang kepala bayi.
  • Apabila forsep telah memegang kepala bayi, doktor akan menarik kepala bayi dan pada masa yang sama anda perlu menolak untuk membantu bayi keluar.
Anda mungkin minat membaca tentang tanda-tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi, dan jenis kaedah bantuan bersaline seperti induce, penggunaan vakum atau forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.
Video ini menunjukkan demo penggunaan forcep semasa kelahiran bayi

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest