3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – PENGGUNAAN DIAFRAGMA

Apakah diafragma?

  • Diafragma adalah getah lembut berbentuk seperti kubah yang meliputi serviks untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim. Ia juga merupakah salah satu kaedah mencegah kehamilan. Spermisid boleh ditambah ke diafragma untuk membunuh sperma yang mungkin terdapat di sekitar pelindung diafragma untuk meninggi peluang pencegah kehamilan.
 

Bagaimanakah keberkesanan diafragma?

  • Diafragma mempunyai kadar kegagalan kira-kira 5% untuk cara penggunaan yang betul dan konsisten. Penggunaan yang lazim untuk diafragma mempunyai kadar kegagalan kira-kira 18-20/100. Anda perlu mengambil ujian kehamilan jika anda mengalami sebarang gejala tanda awal kehamilan.
 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan diafragma?

  • Kesan sampingan yang paling biasa ialah kegatalan faraj terutamanya alahan kepada getah. Penyelewengan faraj (irregularity of vagina) atau serviks juga boleh meningkatkan risiko tambahan yang tidak diketahui.
 

Adakah penggunaan diafragma membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

  • Ya. Diafragma tidak mempunyai sebarang kesan ke atas sama ada fungsi pembiakan lelaki atau perempuan. Ia adalah mungkin untuk hamil serta-merta apabila diafragma tidak lagi digunakan.
 

Apakah hubungan antara spermisid dan penyakit kelamin?

  • Diafragma TIDAK memberi perlindungan daripada penyakit kelamin.
 

Soalan lazim mengenai diafragma:

Adakah diafragma boleh diguna semula?

  • Diafragma boleh digunakan semula. Pastikan anda membersihkan selepas hubungan seksual dijalankan dan menyimpannya di dalam bekas yang kering.

Adakah diafragma boleh digunakan tanpa spermisid?

  • Diafragma boleh memberikan sedikit perlindungan terhadap kehamilan tanpa menggunakan spermisid, tetapi ini cenderung untuk meningkatkan kadar kegagalan sebanyak 20% atau lebih.
 

Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan diafragma?

Kebaikan diafragma termasuk:
  • Ia boleh diguna semula dan agak murah.
  • Ia adalah kecil dan mudah dibawa.
  • Ia jarang menganggu semasa melakukan hubungan intim.
 
Kekurangan diafragma termasuk:
  • Ia memerlukan penggunaan yang konsisten bagi setiap hubungan seksual dijalankan.
  • Ia harus dipasangkan oleh doktor.
  • Ia boleh menyumbang kepada jangkitan saluran kencing
  • Ia mesti dibersihkan dan disimpan
  • Ia mungkin perlu ditukar saiznya untuk kehamilan yang berikut, keguguran, selepas pembedahan atau sebagainya.

 Video ini menunjukkan info tentang penggunaan diafragma.

>

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest