eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PENGARUH MUSIK UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN SEMASA HAMIL

pengaruh musik kepada bayi semasa kehamilan

 

Pengaruh musik untuk bayi dalam kandungan semasa hamil boleh mengeratkan hubungan semula jadi antara ibubapa dan bayi. Janin dalam kandungan yang diberi rangsangan musik secara teratur mampu membantu perkembangan saraf deria semasa mengandung dan membantu kecerdasan bayi anda setelah lahir.

Apakah peranan musik untuk bayi dalam kandungan semasa hamil?

  • Musik mempunyai keupayaan unik untuk berkomunikasi dengan bayi anda. Ia boleh memindahkan bahasa musik yang mengandungi semua jenis mesej emosi dan pendidikan yang boleh difahami secara tidak langsung oleh semua bayi. Dengan memainkan musik gabungan gaya, melodi, harmoni dan irama yang betul, otak bayi boleh dirangsang dengan mewujudkan sambungan saraf yang lebih banyak. Secara tidak langsung, bayi anda mula berlajar dalam rahim anda!

Apakah manfaat memainkan musik untuk bayi dalam kandungan semasa hamil?

  • Merangsang serta mengoptimalkan fungsi-fungsi saraf otak bayi.
  • Sebagai media imaginasi bayi pada masa-masa pertumbuhan.
  • Menghilangkan tekanan stress, fizikal dan mental kepada ibu hamil dan bayi.
  • Membantu kecerdasan dan kesihatan bayi anda setelah lahir.
  • Memberi ketenangan bayi selepas kelahiran apabila musik yang sama dimainkan.
  • Meminimalkan gangguan pertumbuhan janin dalam rahim.

Bilakah anda perlu mula bermain musik untuk bayi dalam kandungan anda?

  • Bayi mula boleh mendengar pada kira-kira enam bulan. Oleh itu, anda dicadangkan mula bermain muzik pada tempoh ini. Anda dapat merasa bayi anda menjadi lebih tenang apabila muzik dimainkan.

Adakah pemilihan jenis musik penting untuk bayi anda?

  • Ya. Ia adalah sangat penting untuk memilih musik yang betul untuk bayi anda. Memilih musik yang salah boleh memberi kesan negatif. Kebanyakan orang percaya muzik klasik tidak sesuai untuk perkembangan bayi disebabkan kebanyakannya adalah terlalu cepat dan terlalu sengit untuk diserap oleh bayi. Akan tetapi, dengan menukarkan teknik mengarang (orchestration) musik dan rentak (tempo), musik klasik berjaya disesuaikan untuk bayi dan memberi manfaat kepada bayi. Sebagai ibubapa, anda perlu mengelakkan musik yang tidak memberi pertimbangan kepada tindakbalas bayi terhadap musik. Anda digalakkan memilih musik yang dicipta khas kepada bayi anda semasa kehamilan.

Adakah cara yang betul dan cara yang salah untuk bermain musik untuk bayi dalam kandungan anda?

Ya.

  • Cara BETUL: Cuba untuk bermain muzik di rumah, suasana senyap dan tanpa sebarang gangguan lain jika boleh. Ini merupakan peluang ikatan berharga antara ibu dan bayi. Anda harus mengehadkan masa ini tidak lebih daripada 20-30 minit setiap kali dan maksimum 1 jam sehari.
  • Cara SALAH: Elakkan muzik cepat, kuat dan hebat, kerana ia akan lebih merangsang bayi anda dengan ketidakselesaan atau tertekan. Jangan bermain musik terlalu lama, kerana pendedahan yang terlalu banyak memberikan bayi anda terlalu banyak “maklumat” untuk diproses. Pendedahan yang terlalu lama akan memberi kesan kepada bayi anda bahawa musik seperti bunyi tidak penting.
 

Enjoy musik-musik ini yang boleh memberi ketenangan untuk bayi dalam kandungan anda !

   

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest