3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – PENARIKAN PENIS (WITHDRAWAL)

 

Apakah penarikan penis?

  • Penarikan penis adalah proses mengeluarkan zakar dari faraj sebelum ejakulasi. Pasangan lelaki yang bertanggungjawab dan harus memberi perhatian terhadap rangsangan untuk mengeluarkan zakarnya sebelum berejakulasi. Jika Ejakulasi berlaku di luar faraj, ia mengurangkan kemungkinan bahawa air mani akan sampai ke rahim.
 

Bagaimanakah keberkesanan cara penarikan penis?

 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penarikan penis?

  • Cara ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali risiko jangkitan penyakit kelamin.
 

Adakah penarikan penis membolehkan kehamilan semula jika cara ini tidak digunakan?

  • Ya. Cara ini tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas sama ada fungsi pembiakan lelaki atau perempuan.
 

Apakah hubungan antara penarikan penis dan penyakit kelamin?

  • Cara ini tidak menghalang faraj daripada bersentuhan dengan kulit pasangan anda. Pengeluaran cecair pra-ejakulasi tidak menghalang faraj daripada bersentuhan dengan badan. Oleh itu, cara ini TIDAK memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit kelamin.
 

Apakah kebaikan & kekurangan cara penarikan penis?

Kebaikan cara penarikan penis termasuk:
  • Cara ini boleh digunakan setiap kali.
  • Cara ini boleh ditambah kepada kaedah mencegah kehamilan yang lain untuk meningkatkan keberkesanan.
  • Tiada kos menggunakan cara ini.
  • Tidak memerlukan preskripsi daripada doctor anda.
 
Kekurangan cara penarikan penis termasuk:
  • Cara ini tidak dianggap sebagai kaedah yang paling dipercayai dalam kawalan kelahiran.
  • Wanita harus mempunyai kepercayaan penuh kepada keupayaan lelaku untuk menggunakan cara penarikan ini.
  • Pra-ejakulasi mungkin mengandungi sperma tanpa pengetahuan lelaki.
  • Sesetengah lelaki mempunyai kesukaran untuk menentukan masa yang sesuai untuk menggunakan cara ini sebelum ejakulasi berlaku.

Video ini menunjukkan info tentang cara penarikan penis (withdrawal).

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest