eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PEMBENTUKAN KEMBAR SEIRAS, KEMBAR TAK SEIRAS & KEMBAR SIAM

Kembar ini comelkan?? ^^

Pembentukan kembar ialah daripada persenyawaan dua ovum berasingan iaitu (dizygotic atau kembar tidak seiras) atau satu ovum  disenyawakan kemudian dibahagikan kepada dua (monozygotic atau kembar seiras). Terdapat beberapa jenis monozygotic kembar seiras dimana bergantung kepada pembahagian sel pada hari tertentu. Pembentukan Kembar berganda lebih daripada dua ataupun kembar siam juga bergantung kepada pembahagian sel.

Pembentukan kembar - Dizygotic / kembar tak seiras

Kembar dizygotic timbul dari dua ovum disenyawakan berasingan dengan dua sperma. Kedua-dua zygotes berkembang menjadi blastocysts dan menempel bebas di dinding. Kembar dizygotic ini juga dikenali sebagai dichorionic diamniotic (DCDA) dimana setiap pembentukan janin mempunyai chorion, amnion dan kantung sendiri. Oleh itu, dua plasenta terbentuk dimana setiap janin mempunyai plasenta tersendirinya ataupun satu plasenta yang telah tercantum.

Pembentukan kembar - Monozygotic/ kembar seiras

Pembentukan Kembar monozygotic timbul dari satu ovum disenyawakan dengan satu sperma, kemudiannya dibahagikan kepada dua janin.  Akan tetapi, pembentukan chorion, amnion dan kantung bergantung kepada hari pembahagian janin tersebut.  Jenis kembar monozygotic ialah:

 

(1)kembar monozygotic : Dichorionic diamniotic, DCDA( 2 chorion, 2 amnion)

  • Pembahagian zygote kepada dua janin yang mempunyai 2 chorion dan 2 amnion dalam 3 hari pertama selepas persenyawaan. Kembar DCDA mempunyai 2 plasenta.

 

(2)Kembar monozygotic : Monochorionic diamniotic, MCDA ( 1 chorion, 2 amnion)

  • Pembahagian zygote kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 2 amnion dalam 4-8 hari selepas persenyawaan. Kembar MCDA mempunyai 1 plasenta sahaja.


(3)Kembar monozygotic: Monochorionic monoamniotic, MCMA (1 chorion, 1 amnion)

  • Pembahagian zygote kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 1 amnion 8-13 hari selepas persenyawaan. Kembar MCMA juga mempunyai 1 plasenta sahaja.

(4)Kembar siam

  • Pembahagian zygote yang tidak lengkap kepada dua janin yang bersetubuh mempunyai 1 chorion dan 1 amnion selepas 13 hari persenyawaan. Kembar siam juga mempunyai 1 plasenta sahaja.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest