KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN - PEMBEDAHAN TUBAL LIGASI
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – PEMBEDAHAN TUBAL LIGASI

 

Apakah pembedahan tubal ligasi?

  • Pembedahan tubal ligasi adalah proses untuk menyekat tiub fallopio juga dikenali sebagai “tiub diikat”. Ia merupakah teknik pemandulan kekal. Telur tidak boleh bergerak dari ovari ke rahim melalui tiub fallopio dan sperma tidak boleh sampai ke telur dalam tiub fallopio selepas ia dilepaskan oleh ovary. Oleh itu, persenyawaan tidak boleh berlaku.
 

Bagaimana pembedahan tubal ligasi dijalankan?

  • Tubal ligasi dianggap pembedahan yang besar yang memerlukan pesakit menjalani anesthesia am. Wanita yang mempunyai atau mempunyai sejarah kanser pundi kencing, adalah dinasihatkan bahawa wanita tidak perlu menjalani pembedahan ini. Selepas anestesia berkesan, pakar bedah akan membuat hirisan kecil pada setiap sisi betul-betul di bawah pusat untuk membenar pemeriksaan untuk setiap tiub fallopio. Secara tradisional pembedahan tubal ligasi, pakar bedah akan menjalani pembedahan sama ada tiub fallopio dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin pada kedua-dua tiub fallopio untuk menghalang telur supaya tidak boleh bergerak dari ovari ke rahim.
 

Bagaimanakah keberkesanan pembedahan tubal ligasi?

  • Keberkesanan pembedahan tubal ligasi adalah lebih kurang 99% berkesan dalam tahun pertama selepas prosedur. Tahun yang berikutnya, keberkesanan boleh dikurangkan sedikit. Ini disebabkan oleh terdapat beberapa kes berlaku di mana tiub fallopio boleh pembaharuan atau menyambung semula.
  • Daripada kadar kegagalan, 15-20% berkemungkinan menjadi ektopik (kehamilan luar rahim). 84% daripada mereka, kegagalan biasanya berlaku dalam setahun atau lebih selepas pembedahan tubal ligasi. Ini disebabkan oleh pembentukan penyambungan semula tiub fallopio, bukaan tiub yang cukup besar membenarkan laluan sperma untuk senyawakan telur tetapi bukaan tiub yang terlalu kecil untuk membenarkan ovum melalui tiub untuk menempel di dinding rahim. Oleh itu, persenyawaan dan penempelan berlaku pada hujung segmen tiub fallopio di mana kehamilan luar rahim berlaku.
 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan pembedahan tubal ligasi?

Kesan sampingan pembedahan tubal ligasi termasuk:

  • Risiko pembedahan secara am.
  • Pendarahan ataupun kesakitan yang tidak normal.
  • Perubahan hormon yang ketara.
  • Perubahan dalam tingkahlaku seksual dan kesihatan emosi
  • Meningkatkan ketidakselesaan prahaid.
  • Risiko kehamilan luar rahim yang tinggi
 

Adakah pembedahan tubal ligasi membolehkan kehamilan semula?

  • Pembedahan tubal ligasi secara amnya ialah kaedah pemandulan yang kekal. Proses pembalikan tubal juga dikenali prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) adalah pembedahan yang membaiki tiub fallopio selepas pembedahan tubal ligasi. Terdapat kemungkinan gagal membaiki tiub fallopio walaupun telah menjalani proses pembalikan tubal. Akan tetapi, proses in vitro fertilization (IVF) dicadangkan untuk mengatasi masalah kesuburan ini.
 

Apakah hubungan antara pembedahan tubal ligasi dan penyakit kelamin?

  • Pembedahan tubal ligasi TIDAK memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit kelamin.
 

Apakah kebaikan dan kekurangan pembedahan tubal ligasi?

Kebaikan pembedahan tubah ligasi termasuk:
  •  teknik pemandulan kekal
  • berkesan segera.
  • Tidak mengganggu ketika melakukan hubungan intim.
  • Tidak perlu mengingat untuk mengambil ubat, suntikan atau mengganti alat mencegah kehamilan.
  • Kos-efektif dalam jangka masa panjang.
 
Kekurangan pembedahan tubal ligasi termasuk:
  • Ia tidak melindungi terhadap penyakit kelamin.
  • Memerlukan kos pembedahan.
  • Mempunyai risiko yang berkaitan dengan pembedahan.
  • Lebih rumit daripada pembedahan pemandulan lelaki.
  • Kemungkinan tidak boleh hamil semula walaupun menjalani pembedahan pembalikan.
  • Mungkin akan menyesal jika nak hamil semula.

Video ini menunjukkan info tentang pembedahan tubal ligasi.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest