3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

RISIKO PEMBEDAHAN CESAREAN ( CAESAREAN) SEMASA KELAHIRAN BAYI

 

Cesarean juga dikenali sebagai C-section dimana bayi dilahiran secara pembedahan dengan satu pemotongan melalui abdomen dan rahim ibu. Prosedur ini hanya dilakukan apabila ia ditentukan sebagai satu kaedah yang lebih selamat daripada kelahiran normal melalui faraj. Sesetengah pembedahan cesarean telah dirancang dan dijadualkan, manakala pembedahan kecemasan cesarean boleh dilakukan akibat komplikasi lain yang berlaku semasa kelahiran bayi secara normal melalui faraj.

Terdapat 2 jenis pemotongan iaitu potongan melintang dan potongan menegak yang dibuat pada kulit dan ke dalam rahim di bahagian bawah abdomen ibu. Potongan secara melintang paling kerap digunakan kerana pendarahan adalah kurang dan lebih cepat sembuh berbanding dengan potongan secara menegak. Ia juga meningkatkan peluang untuk kelahiran normal melalui faraj dalam kehamilan masa depan. Akan tetapi, jenis pemotongan ditentukan oleh keadaan ibu dan bayi.

Apakah sebab pembedahan cesarean dijalankan?

Terdapat beberapa sebab yang boleh membuat prosedur cesarean lebih cenderung, ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:

  • Kadar denyutan jantung bayi menunjukkan tidak normal dimana bayi anda mungkin lemas akibat kekurangan oksigen.
  • Kedudukan bayi tidak normal seperti kedudukan songsang
  • Kegagalan untuk melahiran bayi melalui faraj setelah kegagalan penggunaan forcep dan vakum.
  • Bayi anda terlalu besar untuk dilahirkan melalui faraj.
  • Komplikasi uri seperti masalah uri dibawah (plasenta previa) dan plasenta abruption.
  • Keadaan kesihatan dan perubatan ibu seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
  • Jangkitan herpes yang aktif di dalam faraj atau serviks ibu
  • Bayi kembar dua ataupun lebih
  • Pengalaman dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran cesarean.
  • Kepecahan rahim (uterine rupture)
  • Bayi dalam keadaan tekanan (fetal distress).
  • Terdapat pertumbuhan yang besar menghalang bayi dilahirkan secara normal.

Terdapat banyak sebab lain dimana doktor anda akan mencadangkan kelahiran melalui cesarean.

Apakah risiko menjalankan pembedahan cesarean?

Terdapat banyak komplikasi yang mungkin berlaku semasa kelahiran melalui pembedahan cesarean termasuk:
Risiko dan komplikasi kepada ibu
  • Pendarahan dua kali ganda lebih banyak berbanding kepada kelahiran normal.
  • Risiko pemisahan abnormal uri (plasenta accreta) terutamanya di kalangan ibu yang mempunyai pembedahan cesarean sebelumnya.
  • Kecederaan yang mungkin pada pundi kencing atau usus.
  • Jangkitan kuman dalam rahim dan organ-organ berdekatan.
  • Sakit bersalin yang lebih lama dimana luka sembuh mengambil masa yang lebih lama.
  • Darah beku pada kaki, organ pelvis dan paru-paru.
  • Reaksi terhadap ubat bius.
  • Usus kurang aktif
  • Risiko kematian adalah lebih tinggi berbanding dengan kelahiran normal.
Risiko dan komplikasi kepada bayi
  • Kelahiran pramatang.
  • Masalah pernafasan
  • Luka dan kecederaan pada bayi.
  Anda mungkin minat membaca tentang proses kelahiran, jenis kelahiran seperti bersalin secara normal, bersalin dengan mengunakan beberapa jenis kaedah bantuan termasuk episiotomiinduce,  forcep atau vakum dan bersalin dalam air

 Video ini menunjukkan sebab pembedahan cesarean dijalankan dan prosedur pembedahan cesarean.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest