MULTIVITAMIN DAN SUPLEMEN SEMASA MENGANDUNG & MENYUSU
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

Multivitamin & Supplemen Semasa Mengandung Dan Penyusuan

 

Multivitamin & Supplemen Yang Boleh Diambil Semasa Mengandung & Semasa Penyusuan

Pada amnya, ia adalah yang terbaik untuk mengelak daripada mengambil sebarang ubat-ubatan semasa kehamilan, terutamanya dalam 3 bulan pertama. Walau bagaimanapun, preskripsi ubat, multivitamin dan suplemen mungkin perlu diambil semasa mengandung. Anda perlu memberitahu atau tanya doktor anda jika anda mengambil sebarang ubat preskripsi dimana ubat-ubatan ini mungkin perlu diubah atau diubahsuai sebelum diambil oleh ibu hamil.

Sesetengah nutrien yang terdapat dalam diet normal adalah tidak mencukupi. Oleh itu, ibu hamil haruslah mengambil multivitamin dan suplemen tambahan untuk keperluan seharian semasa hamil. Sebagai contoh, jumlah zat besi yang diperlukan semasa kehamilan adalah dua kali ganda untuk memenuhi permintaan yang bertambah. Walau bagaimanapun, jumlah yang digunakan daripada diet normal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas semasa kehamilan. Jika ibu hamil mempunyai anemia, pengambilan multivitamin dan suplemen zat besi perlulah diambil setiap hari. Besi boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, sembelit dan najis bertukar warna hitam.

Jadual ini menunjukkan multivitamin dan suplemen yang boleh ambil untuk keperluan harian semasa mengandung dan semasa menyusu.
Nutrien Fungsi utama Jumlah diperlukan semasa hamil Jumlah diperlukan semasa menyusu (6 bulan pertama) Sumber makanan
Kalsium (Calcium) Mengekalkan tulang dan gigi yang kuat, sistem saraf, otot, sistem peredaran darah 1200 mg 1200 mg produk susu, yogurt, ikan salmon dalam tin, sayur-sayuran berdaun hijau gelap
Besi (Iron) Membantu perkembangan otot-otot, mencegah anemia 30 mg 15 mg Daging lembu, ayam, ikan, kerang, hati, kismis
Asid Folik (Folic acid) Membantu perkembangan uri, mencegah kecacatan kelahiran 400 mg 280 mcg Jus oren, sayur-sayuran berdaun hijau, hati, biji bunga matahari
Vitamin A Membantu pertumbuhan tulang dan gigi 800 mg 1300 mcg Hati, lobak merah, labu, tembikai, susu dan produk tenusu yang diperkayakan dengan vitamin A,
Vitamin D Membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus; mengekalkan gigi dan tulang yang kuat 10 mcg 10 mcg susu, yogurt, minyak ikan (fish oil), tuna, salmon, cahaya matahari
Vitamin E Membantu pembentukan tubuh dan otot. Membentuk sel-sel darah merah 12 mcg 12 mcg minyak sayur-sayuran, marjerin, kacang, benih gandum
Vitamin K Pembekuan darahMetabolisme tulang 65 mcg 65 mcg Sayuran berdaun hijau, hati
Vitamin C Antioksidan yang melindungi tisu daripada rosak dan membantu badan menyerap zat besi; membina sistem imun yang sihat 70 mg 95 mg Oren, strawberi, kubis, bayam
Thiamin Meningkatkan tahap tenaga dan mengawal sistem saraf 1.5 mg 1.6 mg kacang, bijirin diperkaya
Riboflavin Mengekalkan tenaga, penglihatan baik dan kulit yang sihat 1.6mg 1.8 mg Hati, keju, susu
Niacin Menggalakkan kulit yang sihat, saraf dan pencernaan 17 mg 20 mg Daging lembu, ayam, keseluruhan & bijirin diperkaya
Vitamin B6 Membantu sel-sel darah merah, membantu mengurangkan keloyaan & muntah. 2.2 mg 2.1 mg kacang soya, tuna, daging, pisang
Vitamin B12 Pertumbuhan faktor yang perluPembentukan sel darah dan sarung sarafRegenerasi asid folik 2.2 mcg 2.6 mcg salmon, telur, kambing, ayam
Fosforus (Phosphorus) membina tulang yang kuat dalam anda dan bayi yang sedang berkembang 1200 mg 1200 mg susu, keju, ayam, daging, ikan
Magnesium membina dan membaiki tisu badan, membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal insulin dan kadar gula dalam darah 320 mg 355 mg Sayur-sayuran hijau, daging, ikan, makanan yang diproses.
Zink (Zinc) Membantu menghasilkan insulin dan enzim 15 mg 19 mg daging, seluruh bijirin, makanan laut, telur
Iodin (Iodine) mengawal kelenjar tiroid dan metabolisme, membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi 175 mcg 200 mcg garam yg mengandung natrium, makanan laut

 Video ini menunjukkan info tentang pemilihan multivitamin dan suplemen.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest