eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KITARAN HAID DAN OVULASI- MERANCANG UNTUK KEHAMILAN

 

Merancang untuk kehamilan

Kitaran haid dan ovulasi merupakan faktor yang paling penting untuk seseorang wanita harus faham mengenai badannya. Anda boleh merancang untuk kehamilan ataupun mencegah kehamilan.

Apa itu kitaran haid?

  • Sebelum merancang untuk kehamilan, anda harus memahami perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid disebabkan oleh perubahan beberapa hormon yang penting dalam badan. Kitaran haid akan berlaku dimana lapisan dinding rahim akan mengecut dan darah bertumpah jika persenyawaan tidak berlaku. Kebanyakan tempoh kitaran adalah 28 hari. Sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang pendek iaitu 21 hari manakala sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang panjang iaitu 35 hari. Walaubagaimanapun, asalkan kitaran haid dalam lingkungan 21-35 hari setiap bulan dianggap normal dan teratur. Hari pertama pendarahan dikira sebagai hari pertama kitar haid bermula dimana pendarahan tersebut akan berterusan sepanjang kira-kira 7 hari.
 

 

Bagaimana hormon-hormon mempengaruhi kitaran haid berlaku?

  • Pada hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah meransang badan mengeluarkan lebih hormon FSH. Hormon FSH yangmeningkat akan merangsang lebih kurang 20  folikel yang terdapat dalam ovari untuk membesar, tetapi hanya satu folikel saja yang akan terus membesar dan matang.
  • Ovulasi akan berlaku kira-kira pada hari ke-14 jika wanita mempunyai kitaran haid 28-29 hari. Tahap estrogen yang tinggi merangsang pengeluaran hormon LH.
  • Hormon LH merangsang folikel matang tersebut pecah dan mengeluarkan telur yang dibebaskan di kilang telur iaitu ovari dan disalurkan ke rahim melalui salur peranakan.
  • Selepas ovulasi iaitu fasa luteal, ovari akan memrembeskan hormon progesterone menyebabkan dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk telur yang disenyawakan melekat dan membesar dalam rahim.
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, tahap hormon progesterone yang turun mendadak menyebabkan lapisan dinding rahim akan mengecut dan darah akan tumpah dimana kitaran haid mula berlaku.

 

Bilakah tempoh waktu subur anda?

  • Kitaran haid seseorang wanita diukur dari hari pertama haid sehingga hari pertama tempoh berikutnya. Secara purata, kitar haid wanita biasanya adalah di antara 28-32 hari, tetapi sesetengah wanita mungkin megalami kitaran yang lebih pendek atau lebih panjang. Ovulasi boleh boleh dikira bermula pada hari tempoh terakhir haid anda (LMP) ataupun dengan mengira 12-16 hari dari tempoh yang berikutnya yang dijangkakan. Kebanyakan telur wanita dikeluarkan diantara hari 11-21 yang mengira dari hari pertama LMP. Tempoh ini boleh dikatakan sebagai waktu subur. Hubungan seksual pada masa ini boleh meningkatkan peluang mengandung. Akan tetapi, pengiraan jangkaan tarikh ini hanya sesuai kepada wanita mempunyai kitaran haid yang teratur. Untuk kitaran haid yang tidak teratur, ovulasi boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh berlaku pada hari yang berlainan setiap bulan.

Apakah cara-cara yang berkesan untuk mengesan ovulasi anda?

Untuk merancang untuk kehamilan, anda boleh menggunakan cara:  

 Video ini menunjukkan anda bagaimana mengesan kitaran haid dan ovulasi anda - merancang untuk kehamilan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest