eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

MASALAH URI DIBAWAH (PLACENTA PREVIA, PP)?

Apakah fungsi uri (placenta)?

Pembentukan uri mula terjadi selepas proses penempelan (implantasi) berlaku. Uri adalah sambungan antara bayi dan ibu untuk pemakanan, pernafasan, perkumuhan janin dan sebagainya melalui tali pusat. Dari awal kandungan, janin mendapat makanan melalui kuning telur (yolk sac) . Sel-sel uri akan aktif membesar dan mengambil alih peranannya dari kuning telur pada minggu ke-5 janin terbentuk untuk menyuburkan bayi anda. Berat uri yang matang lebih kurang 400-500g. Fungsi-fungsi utama uri ialah:

(a)    Pemakanan

  • Uri membantu mengangkut nutrient dari darah ibu kepada janin melalui tali pusat.

(b)   Pernafasan

  • Uri membantu untuk mendapatkan oksigen daripada darah ibu kepada janin dan CO2 karbon dioksida daripada darah janin ke dalam darah ibu.

(c)    Perkumuhan

  • Bahan buangan seperti bahan bernitrogen yang dihasilkan di dalam bayi akan diangkutkan dari uri ke dalam aliran darah ibu.

(d)   Penyimpanan

  • Uri menyimpan sesetengah lemak, glikogen dan besi.

(e)   Rembesan hormon

  • Uri merembeskan hormon seperti estrogen, progesteron, gonadotropin (hCG) yang penting untuk kehamilan.

(f)     Pelindungan

  • Uri melindungi bayi anda daripada sesetengah jangkitan. Bahan toksik akan ditapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi. Akan tetapi, sesetengah bahan yang membahaya tidak boleh ditapis melalui uri. Oleh itu, ibu hamil diminta untuk mengelakkan bahan yang boleh menyebabkan bahaya seperti kafein, alkohol, bahan-bahan ubatan dan herba.

(g)    Pertukaran antibodi ibu

  • Bayi memperolehi antibodi imunisasi pasif terhadap cacar tetapi tidak terhadap cacar air dan batuk daripada ibu melalui uri. Yang penting adalah Rh tidak serasi. Bila bayi Rh positif dan ibu Rh negatif, sel darah merah bayi yang masuk ke aliran darah ibu akan menimbulkan antibodi bertentangan dan menyebabkan penyakit hemolitik janin.

Apakah itu placenta previa ?

  • Masalah uri dibawah juga dikenali sebagai placenta previa dimana uri berada berhampiran atau meliputi servik. Uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os iaitu dimana tempat keluar bayi dihalang.
  • Pada peringkat awal kehamilan, masalah uri dibawah merupakan keadaan yang normal. Biasanya, uri akan berubah kedudukannya apabila rahim anda semakin membesar. Jika uri anda tidak “dipindah ke atas” dan masih berada berhampiran atau meliputi bukaan rahim pada minggu ke-28 ke atas, keadaan ini boleh dikatakan placenta previa.

Type 1

low lying -  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak melindungi bukaan rahim. Jaraknya antara uri dan bukaan rahim kurang dari 2cm dalam ultrasound skan.

Type 2

marginal - uri menyentuh tetapi tidak melindungi bukaan rahim.

Type 3

Partial - uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

Type 4

Complete – uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

 

Apakah masalah yang boleh disebabkan oleh uri dibawah?

Pendarahan tanpa rasa sakit

  • Uri dibawah juga boleh boleh menyebabkan pendarahan yang teruk semasa mengandung ataupun semasa bersalin. Pendarahan ini berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan semasa trimester kedua atau ketiga. Pendarahan boleh bermula sedikit atau sederhana dan boleh menjadi teruk. Pendarahan boleh berlaku seawal minggu ke-20 kehamilan tetapi ia paling biasa berlaku semasa trimester ketiga.

kedudukan bayi tidak normal

  • Kedudukan bayi mungkin melintang, songsang atau oblique. Pada tempoh kematangan kehamilan, kedudukan kepala bayi perlu berada di atas rongga pelvis.

Tanda-tanda kelahiran pramatang

  • 1 dalam 5 wanita yang mempunyai masalah placenta previa juga mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang seperti pengecutan rahim. Ini boleh meningkatkan risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan.

Tiada sebarang gejala

  • Sesetengah wanita tidak mempunyai sebarang gejala. Uri di bawah hanya boleh dikesan melalui ultrasound skan.

Bagaimanakah jika anda mempunyai uri dibawah (placenta previa)?

  • Jika anda mempunyai uri bawah, anda mungkin perlu melahirkan bayi anda dengan pembedahan cesarean bergantung kepada jenis placenta previa. Anda mungkin boleh lahir melalui faraj (Vaginal birth)jika anda mempunyai TYPE 1 & TYPE 2. Tetapi, jika anda mempunyai TYPE 3 & TYPE 4, pembedahan cesarean adalah perlu. Dapatkan lebih maklumat dari doktor anda mengenai uri di bawah.
 

Video penerangan untuk plasenta previa/uri dibawah yang lebih teliti:

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest