eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KURANG SPERMA PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN UNTUK LELAKI

 

Kurang sperma punca masalah ketidaksuburan untuk lelaki?

Kurang sperma juga dikenali sebagai oligospermia adalah salah satu masalah ketidaksuburan untuk lelaki dimana cecair air mani suami ejakulasi mengandungi jumlah sperma yang kurang daripada biasa.  Ia akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Jumlah sperma dianggap rendah daripada biasa jika suami mempunyai kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter air mani. Walaubagaimanapun, ramai lelaki yang mempunyai masalah sperma masih berjaya menjadi ayah.

Apakah punca masalah kurang sperma?

  • lewat usia , Umur melebihi 35 atau lebih tua
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dan dadah.
  • Terdapat unsur genetik yang tidak normal.
  • Berat badan yang berlebihan atau kekurangan berat badan.
  • Mempunyai jangkitan kuman menyebabkan salur testis tersumbat.
  • Terdedah kepada bahan toksin dan radiasi yang berlebihan.
  • Ketidakseimbangan hormon.
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
  • Mempunyai vasektomi sebelum itu.
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
  • Mempunyai penyakit termasuk pertumbuhan tumor dan penyakit kronik.
  • Sedang menjalani rawatan perubatan seperti pembedahan atau radiasi untuk kanser.
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu.
  • Berbasikal bagi tempoh yang lama, terutama di kerusi yang keras
 

Apakah ujian yang mungkin dilakukan untuk menentu suami mempunyai masalah kurang sperma?

Ujian-ujian yang mungkin dilakukan termasuk:
Ujian analisa air mani
  • Air mani dikumpulkan dan jumlah sperma ditentukan dengan memeriksa air mani di bawah mikroskop untuk mengukur jumlah sperma, pergerakkan, bentuk dan kehadiran klumping secara kasar. Dalam kebanyakkan kes, beberapa ujian analisa air mani dilakukan dalam tempoh masa yang pendek untuk memastikan keputusan yang tepat.
Ujian darah untuk mengesan tanda jangkitan dan masalah hormon
  • Hormon lelaki memainkan peranan penting dalam perkembangan seksual dan pengeluaran sperma. Doktor mungkiin mengesyorkan ujian darah untuk menentukan paras testeron dan hormon lelaki lain yang mempengaruhi jumlah sperma.
Kultur cecair dari penis untuk melihat sebarang jangkitan yang berkemungkinan.
  • Sampel cecair diambil dari penis dan dianalisa dalam makmal untuk memeriksa sebarang jangkitan yang berkemungkinan.
 

Apakah rawatan yang boleh dijalankan jika ditentukan mempunyai masalah kurang sperma?

Video ini menunjukkan sebab mengapa sperma kurang di kalangan lelaki

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest