eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KIT UJIAN KESUBURAN, (OVULASI KIT PERAMAL)

Apakah kit ujian kesuburan , (ovulasi kit peramal, OPK)?

  • Kit ujian kesuburan juga dikenali sebagai ovulation predictor kit (OPK) adalah ujian mengesan lonjakan hormone LH dalam air kencing anda. Sejurus sebelum ovulasi, tahap LH melonjak ke tahap yang lebih tinggi dalam masa yang singkat  di mana hormon LH merangsang folikel matang tersebut pecah . Kit ujian kesuburan akan membantu anda menentukan tahap lonjakan hormone LH. Ia merupakan alat membantu meningkatkan peluang untuk hamil dengan mengetahui waktu subur anda.
 

Pada hari apakah sepanjang kitaran, anda patut memulakan kit ujian kesuburan, OPK?

  • Untuk mengetahui bila anda harus memulakan ujian, anda harus tentukan tempoh kitaran biasa anda. Hari pertama haid pendarahan anda (LMP) merupakan hari permulaan anda untuk mengira. Sebagai contoh, jika tempoh kitaran anda teratur iaitu 27 hari , anda harus mula mengguna kit ujian kesuburan 10 hari selepas hari pertama haid pendarahan anda (LMP) sehingga anda boleh mengesan  keputusan positif dengan merujuk jadual di bawah.
  • Jika anda mempunyai kitaran yang tidak teratur, anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda dalam tempoh 6 bulan yang lalu sebagai masa permulaan. Sebagai contoh, kitaran terpendek anda 24 hari manakala kitaran terpanjang anda 37 hari dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda iaitu 24 hari dan mula menguji OPK 7 hari selepas hari pertama haid pendarahan anda (LMP). Penggunaan OPK mungkin banyak untuk kitaran yang tidak teratur sehingga 10-20 ujian untuk mengelakkan kelepasan tarikh ovulasi anda.

Pada waktu bilakah yang sesuai anda menjalani kit ujian kesuburan, OPK?

  • Masa yang sesuai untuk membuat ujian ialah antara 2pm-8pm, tetapi masa terbaik untuk menguji ialah antara 2pm-2.30pm. Ini disebabkan oleh kepekatan kandungan hormon LH di dalam badan anda adalah sangat tinggi. Air kencing pagi pertama tidak digalakkan untuk ambil. Jangan minum air terlampau banyak pada hari tersebut dan cuba kurangkan air yang diminum 2 jam sebelum ujian. Ini disebabkan air yang terlalu banyak akan mencairkan hormon yang terdapat dalam air kencing. Kepekatan hormon yang rendah boleh menyebabkan kesukaran untuk mengesan hormon LH. Pastikan anda menguji pada masa yang sama setiap hari.

Apakah prosedure penggunaan kit ujian kesuburan, OPK?

Anda haruslah membaca arahan pada plastik pada kit ujian kesuburan, OPK.

  • Kumpulkan air kencing ke dalam bekas yang bersih (seperti cawan plastik). Cara terbaik untuk mengumpul air kencing semasa pertengahan proses membuang air kencing.
  • Bukakan plastik OPK dan keluarkan test strip OPK apabila anda sudah bersedia untuk menggunakannya.
  • Rendamkan test strip OPK ke dalam air kencing dengan hujung anak panah menghala ke arah air kencing. Jangan rendamkan melepasi garis MAX (maximum).
  • Bacakan keputusan test strip OPK  selepas direndamkan selama 30 saat ataupun sehingga pita warna muncul. Jangan membacakan keputusan selepas 20 minit.

Bagaimana mentaksifkan keputusan kit ujian kesuburan, OPK?

Pita jalur warna bermuncul di bahagian atas test strip OPK menunjukkan ujian tersebut berfungsi dengan betul dimana pita warna ini adalah kawalan (CONTROL). Pita jalur warna yang satu lagi yang akan bermuncul di bahagian yang lebih bawah test strip OPK menunjukkan keputusan ujian anda (TEST).

  • Keputusan positif - Jika dua jalur berwarna yang boleh dilihat adalah sama gelap ataupun lebih gelap daripada jalur kawalan, ovulasi anda mungkin berlaku dalam 24-48 jam akan datang.
  • Keputusan negatif - Jika hanya satu jalur berwarna yang boleh dilihat di bahagian atas ataupun kedua-dua jalur berwarna kelihatan tetapi jalur berwarna di bahagian bawah kelihatan pudar daripada jalur kawalan.
  • Keputusan tidak sah – tiada jalur kawalan kelihatan iaitu jalur berwarna yang boleh dilihat di bahagian atas menunjukkan alat OPK anda mungkin tidak berfungsi.

Bilakah ovulasi akan berlaku dan bilakah anda boleh melakukan hubungan seks selepas mendapat keputusan positif OPK iaitu lonjakan LH telah berlaku?

  • Untuk kebanyakan orang, biasanya ovulasi akan  berlaku 12-48 jam selepas lonjakan LH dikesan, ataupun lebih tepat iaitu 36 jam selepas lonjakan sebenar. Anda harus memberi perhatian 24-48 jam selepas mendapat keputusan positif OPK pada sebelah petang.
  •  Anda dinasihati melakukan hubungan seks pada hari lonjakan LH dan dua hari selepas itu. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk melakukan hubungan seks untuk 1 hari lagi untuk mengelak kadang-kadang ovulasi anda terlewat.
  • Walaubagaimanapun, masa yang paling sesuai untuk hubungan seks selalunya sebelum lonjakan LH, tetapi ia boleh menjadi sukar untuk diramal bagi mereka yang mempunyai kitaran tidak teratur.

Mengapakah anda masih tidak mengandung walaupun anda melakukan hubungan seks selepas OPK mendapat keputusan positif?

  • Ia selalunya mengambil masa untuk beberapa kitaran yang mendapat keputusan positif OPK sebelum mengandung dicapai. Peluang hamil setiap kitaran berbeza sedikit dengan usia. Peluang untuk berhamil akan menurun apabila usia anda meningkat. Jika umur anda di bawah 30-an dan masih tidak berjaya hamil selepas setahun, anda harus berunding dengan pakar kesuburan.  Jika umur anda lebih daripada 30-an, anda harus berunding dengan pakar kesuburan jika anda masih tidak berjaya hamil dalam tempoh 6 bulan. Ini disebabkan peluang mengandung anda adalah lebih rendah dan kadar keguguran anda adalah lebih tinggi.  Ia adalah lebih baik tidak membuang masa jika anda dapat nasihat pakar kesuburan lebih awal.

Adakah ubat penyubur menjejaskan keputusan OPK?

  • Clomid (Serophene/clomiphene citrate) boleh menjejaskan keputusan OPK dan menyebabkan positif palsu (false positive), padahal tiada lonjakkan hormon LH berlaku. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 hari selepas tamat penggunaan ubat itu. Sebagai contoh, jika anda mengambil clomid pada hari ke 3-7, anda boleh memulakan ujian pada hari ke-10. Jika anda mengambil clomid pada hari ke 5-9, anda perlu menunggu sehingga 12 hari.
  • Jika anda mengambil ubat kesuburan suntikan seperti Pergonal, Humegon atau Repronex yang mengandungi  (FSH+LH) dan mungkin mengandungi LH yang akan memberi keputusan palsu. Pengambilan ubat seperti Gonal-F, Follistim dan Fertinex yang mengandungi FSH sahaja tidak akan menjejaskan keputusan ujian OPK. Walaubagaimanapun, anda diminta mengambil nasihat dari doktor anda tentang ubat kesuburan yang digunakan sebelum anda menjalankan ujian OPK.
Video ini menunjukkan anda bagaimana menggunakan kit ujian kesuburan, (ovulation predictor kit, OPK)

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest