eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

CARA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG

 

Tubuh anda mengalami pelbagai perubahan apabila anda hamil. Salah satu perubahan yang anda mungkin mengalami ialah masalah keputihan semasa mengandung. Ibu hamil biasanya akan mengalami lelahan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Ia adalah sangat penting untuk anda mengetahui perubahan yang normal semasa mengandung dan mencari rawatan segera apabila anda mengesan perubahan yang tidak normal.

Apakah keputihan semasa mengandung yang normal?

Leukorrhea ialah lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari kemaluan. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan merangsang selaput lendir badan iaitu Leukorrhea semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.

 

Apakah keputihan semasa mengandung yang tidak normal?

Jika keputihan semasa mengandung berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan/atau disertai oleh kemerahan atau kegatalan, kemungkinan anda mempunyai jangkitan faraj. Salah satu jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung ialah Candidiasis, juga dikenali sebagai jangkitan yeast. Jangkitan ini mudah dirawat oleh doktor anda. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan oleh STD (sexually transmitted disease).

 

Cara mengatasi masalah keputihan semasa mengandung

Jika anda mempunyai masalah keputihan semasa mengandung

Anda tidak seharusnya:

  • Menggunakan tampon ( ini akan memperkenalkan bakteria baru ke dalam faraj).
  • Membasuh kemaluan dengan sabun ( ini boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria yang normal, menjejaskan pH dan membawa kepada jangkitan faraj).
  • Menganggapnya sebagai jangkitan faraj dan cuba merawatinya.
 

Anda harus :

  • Gunakan pads ataupun panty liners yang boleh membawa keselesaan untuk anda.
  • Pastikan kemaluan anda sentiasa bersih dan kering untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan.
  • Jumpa doktor anda sekiranya terdapat perubahan lelehan keputihan yang tidak normal.
 

Video ini menunjukkan cara mengatasi masalah keputihan semasa mengandung.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest