3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

KELEBIHAN PENGGUNAAN CLOTH DIAPER BERBANDING PAMPERS PAKAI BUANG

 

10 Kelebihan penggunaan cloth diaper berbanding pampers pakai buang

(1)Jimatkan kos

  • Andaikan anda membelanjakan RM3 sehari untuk pampers pakai buang, kosnya lebih kurang RM3200 untuk tempoh 3 tahun. Jika anda membelanjakan  RM1, 200 pada cloth diaper, anda boleh menjimatkan sehingga RM2000 secara purata untuk setiap anak dari lahir sehingga anak anda boleh dilatih ke tandas! Selain itu, cloth diapers boleh digunakan semula oleh anak seterusnya. Penggunaan cloth diaper adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
Sebagai contoh:

Bil anak

Penggunaan Cloth diaper

Pampers pakai buang

Anak pertama

Dicadangkan 12 set = lebih kurang RM1200

( 4keping/hari X 3 tahun X RM0.60)= lebih kurang RM2,600

Anak kedua

12 set digunakan semula

( 4keping/hari X 3 tahun X RM0.60)= lebih kurang RM2600

Total

Lebih kurang RM1200

Lebih kurang Rm5200

 

(2) Mesra alam

  • Keluarga anda TIDAK akan menghasilkan 1 tan sisa buangan. Menurut kajian, pampers pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesia di dunia dan ia mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput. Ia dianggarkan bahawa 10,000 tan pampers pakai buang dibuang  ke tapak pelupusan setiap hari.
 

(3) Kesihatan kulit bayi

  • Penggunaan cloth diaper boleh mengurangkan risiko ruam. Bayi anda tidak akan didedahkan kepada polyacralate  Sodium (SAP gel) dan dioksin iaitu hasil sampingan daripada kertas pelunturan digunakan untuk membuat pampers pakai buang untuk meningkatkan keupayaan menyerap air kencing. Ia mungkin boleh menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan hati dan masalah genetik juga.
 

(4) Mengurangkan risiko asma

  • Penggunaan cloth diaper vs penggunaan pampers pakai buang akan mengurangkan risiko bayi anda mendapat asma. Arkib Kesihatan Alam Sekitar telah menguji 6 cloth diaper terkemuka dan 6 terkemuka pampers pakai buang dan mendapati bahawa pelepasan dari satu pampers pakai buang adalah cukup tinggi untuk menghasilkan asma.
 

(5) Keselesaan & kecantikan

  • Pemakaian pampers yang diperbuat dari kertas dan plastik adalah kurang selesa berbanding dengan kain yang lembut cloth diaper dipakai oleh bayi anda. Ia juga dapat menlindungi bayi anda dari sinar Ultra Violet (UV) dan tahan lasak. Selain itu, Cloth diaper moden ini juga ternyata lebih cantik dengan pelbagai warna dan corak.
 

(6) Antibakteria secara semulajadi

  • Fabrik buluh cloth diaper mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria secara semulajadi. Fabrik bulu menyerap lebih 60% banyak daripada fabrik kapas dalam kuantiti yang sama.
 

(7) Mudah dibasuh

  • Cloth diaper mudah dibersihkan. Najis mudah dihilangkan dan tidak melekat pada cloth diapers. Warna kekuningan air kencing juga mudah hilang dari cloth diapers. Ia hanya perlu disental sedikit sahaja agar bau hilang dan tidak perlu diberus. Yang paling mudah, cloth diapers boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.

(8) Fungsinya sama seperti pampers pakai buang

  • Ia boleh digunakan sama seperti pampers pakai buang sehingga 3-4 jam. Jika ibu inginkan waktu untuk penggunaan cloth diaper lebih lama bertahan, para ibu boleh memasukkan 2-3 insert dalam satu masa. Ia boleh bertahan sehingga 7-8 jam dan sesuai dipraktikkan pada waktu malam.
 

(9) Latihan buang air sendiri

  • Bayi yang menggunakan cloth diaper juga akan lebih cepat menyedari perbezaan antara basah dan kering. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal 4 May 2000, pemakaian pampers pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
 

(10) Boleh diubahsuai

  • Cloth diaper boleh diubahsuai mengikut size yang digunakan. Ibu boleh mengubahsuaikan mengikut size bayi anda.
 
BAYI-IBU.COM eSHOP >> CLOTH DIAPER 
Video ini menunjukkan kelebihan penggunaan cloth diaper.
 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest