3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

RISIKO / MASALAH KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

 

Bayi yang dilahir sebelum minggu ke-37 dianggap kelahiran pramatang (awal). Walaubagaimanapun, 40 minggu dianggap sebagai panduan sahaja dimana normal purata kehamilan boleh diantara 38-42 minggu.

Kelahiran pramatang memberi bayi kurang masa untuk membesar di dalam rahim ibu sebelum perlu menyesuaikan diri di luar rahim. Bayi pramatang terutamanya mereka yang dilahirkan terlalu awal selalunya mempunyai komplikasi kesihatan bergantung kepada berapa awal bayi dilahirkan.

 

Apakah tanda-tanda bayi yang dilahirkan pramatang?

  • Saiz badan yang kecil berbanding dengan saiz kepala.
  • Ciri muka yang kurang bulat berbanding dengan bayi yang dilahirkan cukup matang.
  • Kulit kelihatan lebih nipis, telus dan rapuh.
  • Rambut halus (lanugo) meliputi sebahagan besar badan bayi.
  • Suhu badan yang rendah terutama sebaik selepas bersalin.
  • Mempunyai masalah sistem pernafasan dan sukar bernafas.
  • Kekurangan refleks untuk menghisap, menelan dan kesukaran untuk diberi makanan.
 

Apakah risiko ataupun masalah kesihatan yang dialami oleh bayi pramatang?

Sesetengah masalah boleh menjadi ketara ketika lahir. Walaupun tidak semua bayi mengalami komplikasi pramatang, tetapi bayi dilahirkan terlalu awal boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Secara amnya, semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko komplikasi.

Masalah kesihatan jangka pendek
  • Kesukaran bernafas - mempunyai masalah sistem pernafasan terutamanya kepada bayi dilahirkan kurang dari minggu ke-35.
  • Masalah jantung – mempunyai masalah patent ductus arteriosus (PDA) dan tekanan darah tinggi terutamanya kepada bayi dilahirkan kurang dari minggu ke-30.
  • Masalah otak – mempunyai risiko pendarahan dalam otak, dikenali sebagai pendarahan intraventricular terutamanya kepada bayi dilahirkan kurang dari minggu ke-28.
  • Masalah kawalan suhu badan – Bayi pramatang boleh kehilangan haba badan dengan cepat disebabkan mereka tidak mempunyai lemak badan yang mencukupi.
  • Masalah penghadaman- mempunyai sistem penghadaman yang lemah disebabkan usus mereka tidak matang lagi.
  • Masalah sistem pendarahan- mempunyai risiko masalah darah seperti anemia dan penyakit kuning( jaundice).
  • Masalah metabolism- mempunyai gula darah yang lebih rendah.
  • Masalah sistem imun- Bayi pramatang senang dijangkiti penyakit disebabkan sistem imun bayi kurang matang.
Masalah jangka panjang
  • Cerebral palysi- gangguan dalam otot , posisi atau kordinasi pergerakan.
  • Keupayaan untuk belajar adalah lebih perlahan
  • Masalah penglihatan- mempunyai risiko retinopathy pra-matang (ROP) terutamanya kepada bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-30.
  • Masalah pendengaran yang lemah.
  • Masalah pergigian.
  • Masalah kronik kesihatan termasuk jangkitan penyakit, asma, dan kesukaran untuk menelan.

NOTA: Bagi sesetengah bayi yang dilahirkan pramatang, risiko komplikasi mungkin tidak muncul sehingga lewat di peringkat kanak-kanak ataupun dewasa. Beberapa kajian menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan pramatang mungkin menghadapi peningkatan risiko kencing manis jenis 2 dan penyakit kardiovaskular pada dewasa.

 

Video ini menunjukkan risiko & masalah kelahiran bayi pramatang.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest