eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

 

Kehamilan

  • Anda cuba mengandung? Anda dan pasangan anda ingin mendapat bayi sendiri? Datuk dan nenek ingin menimang cucu?
  • Anda telah mengandung? Tahniah! Anda ingin mencari maklumat tentang kehamilan?

BAYI-IBU memberi panduan kepada wanita yang merancang untuk kehamilan termasuk cara mengira waktu subur iaitu ovulasi, cara mendapat bayi lelaki atau perempuan dan sebagainya.

BAYI-IBU juga memberi panduan kepada ibu mengandung termasuk infomasi perkembangan bayi dan keadaan ibu dari minggu ke minggu sepanjang 40 minggu kehamilan. Anda juga boleh mendapat maklumat tentang pembentukan janin, gambar sebenar bayi, 3D4D scan, tips semasa mengandung,  dan banyak lagi.

 

Kehamilan dalam rahim  bermula kira-kira 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir (LMP) dan kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Dalam kehamilan, kehamilan serentak mungkin berlaku. (sebagai contoh kelahiran kembar). Kehamilan luar rahim juga boleh berlaku juga dikenali sebagai ectopic pregnancy.

Kehamilan dibahagikan kepada tiga tempoh trimester untuk memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat. Trimester pertama (minggu 1 – 13) ialah tempoh dimana risiko tertinggi keguguran (kematian embrio atau fetus) boleh berlaku. Trimester kedua (minggu 14 - 26) ialah tempoh dimana perkembangan bayi mula dipantau dan dikaji. Trimester ketiga (minggu 27 - 40) ialah tempoh matang bayi dimana permulaan kebolehan bayi untuk terus hidup dengan atau tanpa bantuan perubatan semasa berada di luar rahim ibu.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS