eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KEHAMILAN MOLAR / ANGGUR (MOLAR PREGNANCY)

kehamilan molar (molar pregnancy)

 

Kehamilan molar berlaku apabila pertumbuhan abnormal tisu serupa anggur terjadi di dalam rahim anda dimana janin tidak terbentuk. Ini disebabkan oleh masalah dengan maklumat genetik telur atau sperma. Ia perlu dirawat segera untuk mengeluarkan semua tisu yang menyebabkan masalah yang serius dalam sesetengah wanita. Kira-kira 1 daripada 1000 di kalangan ibu mempunyai gejala awal kehamilan ini.

Jenis-jenis kehamilan anggur/ molar

persenyawaan normal

(a) kehamilan molar lengkap (Complete molar)

  • Telur yang tiada maklumat genetic disenyawakan oleh sperma. Sperma tumbuh dengan sendiri, tetapi ia hanya boleh menjadi ketulan tisu yang kelihatan seperti gugusan anggur dan akan menjadi janin.

kehamilan molar lengkap complete

(b) Kehamilan molar tidak lengkap (Partial molar)

  • Telur disenyawakan oleh dua sperma. Plasenta menjadi pertumbuhan molar iaitu ketulan tisu yang kelihatan seperti gugusan anggur. Tisu janin yang terbentuk mempunyai kecacatan yang teruk.

kehamilan molar tidak lengkap partial

   

Apakah gejala dan tanda kehamilan anggur/ molar?

  • Pendarahan dari faraj
  • Loya dan muntah yang luar biasa
  • Sakit tiroid akibat hormone berlebihan
  • Hormone hCG yang tinggi
  • Tiada degupan jantung atau tiada janin
  • Rahim yang membesar dengan cepat
  • Keluar tisu yang serupa anggur dari faraj
  • Darah tinggi sebelum usia kandungan minggu ke-24.
  • Ultrasounds menunjukkan “snow-storm effect” dalam rahim
 

Siapakah yang berisiko untuk kehamilan molar?

  • Umur lebih tua daripada 35 ke atas.
  • Mempunyai sejarah kehamilan molar.
  • Kemungkinan gangguan ovulasi
  • Mempunyai sejarah keguguran
  • Mempunyai karotena ( satu bentuk vitamin A) yang rendah.
 

Bagaimana kehamilan anggur/ molar dirawat?

  • Jika doktor anda mengesyaki kehamilan anggur/ molar, prosedur menyedut dalam untuk membuang sebanyak mungkin tisu-tisu abnormal yang terdapat dalam rahim.
  • Hysterectomy, membuang rahim mungkin menjadi satu pilihan untuk wanita yang lebih tua yang tidak mahu anak pada masa hadapan.
  • Tahap hormon hCG dipastikan dalam tahap yang normal dengan mengambil ujian darah untuk selama beberapa minggu.
  • Wanita akan dinasihatkan untuk mengelak hamil selama 6-12 bulan selepas rawatan untuk memastikan tisu yang tidak normal tidak akan kembali. Wanita yang hamil terlalu awal selepas kehamilan anggur/ molar mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kehamilan anggur/ molar kali kedua.
Video ini menunjukkan pembentukkan kehamilan molar/ anggur di dalam ultrasound.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest