eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

APAKAH TANDA-TANDA KEHAMILAN LUAR RAHIM ATAU MENGANDUNG LUAR RAHIM?

ectopic pregnancy

Apakah kehamilan luar rahim/ Kehamilan ektopik?

  • Kehamilan luar rahim juga dikenali sebagai kehamilan ektopik dalam istilah perubatan. Ia terjadi apabila telur tersenyawa implantasi di luar rahim. Kebanyakkan kehamilan ektopik (95%) berlaku di dalam tiub fallopio. Lokasi yang jarang berlaku termasuk di serviks, di dalam abdomen, atau pada ovari. Kehamilan ektopik tidak dapat bertahan dan akan pecah kerana hanya rahim yang boleh menyokong perkembangan bayi dan uri. Jika kehamilan ektopik pecah di tiub fallopio, ia akan mengancam nyawa ibu akibat pendarahan dalam abdomen. Kehamilan luar rahim berlaku dengan kekerapan 1 dalam 100-200 kehamilan .

Apakah gejala & tanda kehamilan ektopik?

  • Abdomen atau pelvis sakit yang teruk sehingga tidak boleh berdiri
  • Pendarahan vagina selalunya berwarna coklat
  •  Haid yang lambat
  • Pening-pening
  • Denyutan jantung yang cepat (melebihi 100 denyutan seminit)
  • Muka pucat
 

Siapakah yang berisiko untuk kehamilan ektopik?

  • mempunyai kehamilan ektopik sebelumnya.
  • Sejarah penyakit keradangan pelvis
  • Endometriossis
  • Mempunyai pembedahan pada tiub fallopio atau rahim sebelumnya.
  • Rawatan kesuburan
  • Rahim atau tiub fallopio yang berbentuk luar biasa
  • Kehadiran alat kontrasepsi (IUD)
  • Selepas prosedur pensterilan (ligation tiub)
  • Umur 35 atau lebih tua
 

Bagaimana kehamilan ektopik boleh dikesan?

  • Kehamilan ektopik perlu disyaki jika ujian air kencing kehamilan adalah positif dan kantung bayi masih tidak boleh dikesan di dalam rahim melalui ultrasound scan. Kehadiran bendalir dalam pelvis ( dengan sakit perut dan penampilan pucat) akan disyaki kehamilan ektopik pecah. Pengesahan ektopik pecah adalah dengan melalui visualisasi dengan laparoskop.
 

Bagaimana kehamilan ektopik dirawat?

  • Jika kehamilan ektopik dikesan peringkat awal, doktor anda mungkin memberi suntikan ubat methotrexate ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan anda menyerap kandungan tersebut secara semula jadi.
  • Jika kandungan tersebut sudah terlalu besar, pembedahan akan dilakukan untuk membuang kandungan tersebut.
  • Ibu perlu mendapat rawatan serta-merta kerana sekirannya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian akibat kepecahan janin di tiub fallopio yang boleh menyebabkan pendarahan.

Adakah pengalaman kehamilan ektopik boleh menjejaskan kehamilan masa depan?

  • Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan ektopik risau tentang peluang untuk kehamilan masa depan akan terjejas. Kehamilan ektopik boleh meninggikan risiko dan menjejaskan kehamilan yang seterusnya. Akan tetapi, ramai wanita di antara ini berjaya hamil secara normal dan mendapat anak setahun selepas itu.
  • Jika sistem peranakan rosak dengan teruk akibat kepecahan janin terutamanya di tiub fallopio ataupun pernah menjalankan pembedahan untuk merawatnya, peluang kehamilan mungkin terganggu. Anda harus meminta nasihat daripada pakar tentang peluang kehamilan anda.
Video ini menunjukkan bagaimana kehamilan luar rahim terjadi.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest