eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

MASALAH KEDUDUKAN BAYI SONGSANG (BREECH) SEMASA HAMIL

 

Dalam sepanjang kehamilan, terdapat ruang yang mencukupi dalam rahim untuk bayi (janin) untuk menukar kedudukan/ posisi. Kebanyakan kedudukan kepala bayi di bawah menjelang minggu ke-36. Ini adalah kedudukan bayi untuk dilahirkan normal dan selamat. Kedudukan kepala bayi masih di atas boleh dikatakan kedudukan bayi songsang.

Terdapat kira-kira 4/100 kelahiran, bayi tidak boleh memusingkan kepala semula jadi dalam lewat kehamilan. Jika kedudukan bayi sangsang biasanya pembedahan cesarean dilakukan. Daripada jumlah ini, lebih kurang 3 peratus kehamilan bayi dalam kedudukan songsang (breech) iaitu di mana kepada di atas dan punggung bayi terletak di bahagian bawah. Bayi juga boleh dalam kedudukan melintang (transverse) ataupun kedudukan serong (oblique).

 

Apakah menyebabkan kedudukan bayi songsang semasa hamil?

Tiada sebab yang jelas mengapa kedudukan kepala bayi yang tidak pusing. Dalam kes-kes lain, kedudukan bayi songsang mungkin dikaitkan dengan:

  • Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan iaitu di mana sebelum bayi akan memusingkan kepala ke bawah sendiri.
  • Anak kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehad mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.
  • Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
  • Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.
  • Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.
  • Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti sindrom Down, anencephaly, atau hydrocephalus.
 

Apakah tanda-tanda bahawa bayi anda berada dalam kedudukan songsang?

  • Anda tidak dapat merasa sama ada bayi anda songsang. Tetapi jika anda mengandung lebih daripada 36 minggu, anda mungkin boleh merasakan kepala bayi menekan tulang rusuk anda dan / atau anda berasa bayi menendang dalam bahagian bawah abdomen. Anda harus berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan.
 

Bagaimanakah kedudukan songsang didiagnosis?

  • Semasa pemeriksaan rutin lewat kehamilan anda, doktor anda akan memegang bahagian atas dan bawah abdomen anda dan boleh melakukan ultrasound scan untuk mengetahui kedudukan bayi anda.
 

Bagaimanakah kedudukan bayi songsang dirawat?

  • Kadang-kadang doktor mungkin boleh memusingkan kedudukan bayi secara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan kepala di bawah dengan menggunakan prosedur yang dipanggil external cephalic version. Jika bayi boleh memusing ke bawah sebelum kelahiran bermula, anda mungkin boleh melahirkan bayi melalui faraj.
 

Bagaimana kedudukan bayi songsang boleh dilahirkan dengan selamat?

  • Kebanyakan doktor akan mencadangkan anda menjalani pembedahan cesarean di mana ia merupakan cara bersalin yang paling selamat untuk bayi. Tetapi anda mungkin merancang untuk cara kelahiran songsang (breech birth).  Berbincang dengan doktor anda mengenai cara yang paling selamat untuk bayi songsang anda.

Video ini menunjukkan info tentang masalah kedudukan bayi songsang.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest