eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

CARA MENGATASI KAKI KEJANG SEMASA MENGANDUNG (CRAMPS)

Kaki kejang semasa mengandung yang menyakitkan berlaku disebabkan oleh kontraksi otot luar kawalan yang akan menjejaskan betis kaki. Kejang kaki semasa mengandung adalah biasa. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan sering berlaku pada waktu malam semasa trimester kedua dan trimester ketiga.

Mengapakah kaki kejang semasa mengandung boleh berlaku?

Kaki kejang semasa mengandung mungkin disebabkan:
  • pembentukan asid laktik pyruvic ( hasil sampingan metabolisme gula dan kanji) akan menjejaskan pengaliran darah di kaki.
  • Kelebihan fosforus ( didapati di dalam daging yang telh diproses, makanan snek dan minuman bergas).
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda. Pengambilan vitamin yang mencukupi semasa kehamilan adalah penting untuk ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Apakah cara untuk mengatasi apabila kaki kejang semasa mengandung berlaku?

  • Anda harus meregang dengan meluruskan kaki anda. Bermula dengan tumit terdahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Anda akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • urut otot kaki yang kejang.
  • Mandi dengan air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Anda boleh berjalan untuk beberapa minit.

Tips mengatasi kaki kejang semasa mengandung

Pakai stoking sokongan, memilih kasut sesuai dan selesa untuk sepanjang hari.

Buatkan senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh menarik jari kaki anda ke arah lutut anda sambil menolak tumit anda jauh dari badan anda.

Jangan berdiri dalam jangka masa yang lama.

Ambilkan kalsium dan kalium tambahan sebelum tidur.

Minum air yang mencukupi boleh membantu mencegah kekejangan.

Alaskan kaki anda dengan bantal ketika anda tidur.

Urutkan kaki betis anda sebelum tidur.

Menjalankan senaman yoga kehamilan boleh membantu mencegah kaki kejang.

Sentiasa putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk.

 

Video ini menunjukkan cara mengatasi kaki kejang (cramp) semasa mengandung.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest