CARA MENGATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

CARA MENGATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL

 

Semasa hamil, badan menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang. Bengkak adalah sebahagian normal semasa kehamilan yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini. Bengkak juga dikenali sebagai edema selalunya berlaku pada tangan, muka dan terutamanya pada kaki. Kaki bengkak semasa hamil ini akan hilang selepas bayi anda dilahirkan.

Mengapakah kaki bengkak semasa hamil berlaku?

Ini disebabkan oleh perut anda yang semakin membesar terutamanya pada trimester ketiga kehamilan memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas. Ini sering berlaku jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair tambahan ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak.

Faktor lain juga boleh menyebabkan kaki bengkak semasa hamil:
  • Cuaca yang sangat panas
  • Berdiri terlalu lama.
  • Menjalankan aktiviti harian yang terlalu banyak dan lama.
  • Makan makanan yang kurang Kalium (Potassium).
  • Pengambilan makananan yang masin yang terlalu banyak iaitu Natrium (Sodium).
  • Minum minuman yang berkafein seperti kopi terlalu banyak.
 

NOTA: Pembengkakan yang ringan semasa hamil adalah perkara biasa semasa mengandung. Akan tetapi jika anda mengalami bengkak di tangan dan muka anda secara tiba-tiba ataupun sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang sebelah lagi, ia boleh menjadi tanda pre- eclampsia. Ia adalah penting untuk menjumpai doktor anda segera.

 

Tips untuk mengurangkan kaki bengkak semasa hamil

  • Bengkak boleh dikurangkan dengan makan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.
  • Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi.
  • Elakkan berdiri untuk jangka waktu yang lama.
  • Alaskan bantal pada kaki semasa anda tidur atau rehat.
  • Memakai kasut yang selesa dan elak memakai kasut tumit tinggi.
  • Memakai seluar ketat ataupun stoking sokongan.
  • Elakkan pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, kaki atau buku lali anda.
  • Berehat atau berenang di kolam air.
  • Minum air yang banyak boleh mengurangkan pengekalan air dalam badan.
  • Kurangkan pengambilan natrium (garam).
  • Kurangkan akitiviti di luar jika cuaca panas.
  • Gunakan ais sapu di kawasan bengkak.
 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest