eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – KONDOM LELAKI

Apakah kondom lelaki?

  • Kondom lelaki adalah sarung yang dipakai di zakar untuk mengelakkan air mani daripada memasuki faraj. Kondom adalah salah satu kaedah mencegah kehamilan yang diperbuat daripada getah dan akan dibuang selepas setiap kali digunakan.
  • Terdapat satu takungan kecil di hujung kondom digunakan untuk menakung sperma semasa ejakulasi. Penggunaan kondom boleh mengurangkan kemungkinan hubungan secara langsung antara zakar dan serviks. Sesetengah kondom mengandungi ejen spermicidal yang direka untuk membunuh sperma.
 

Bagaimanakah keberkesanan kondom lelaki?

  • Menurut kajian, terdapat 2 daripada setiap 100 kondom akan pecah. Pelincir boleh digunakan untuk membantu mengelakkan kondom daripada terkoyah, tetapi tidak semua pelincir adalah selamat digunakan bersama kondom lateks.
  • Kondom mempunyai kadar kegagalan 14-15/100. Ejen spermicidal meningkatkan keberkesanan kepada lebih daripada 95% apabila digunakan dengan betul dan konsisten.
 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan kondom lelaki?

  • Penggunaan kondom lelaki tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali kepada individu yang alah kepada getah.
 

Adakah kondom lelaki membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

  • Ya. Ia adalah mungkin untuk hamil serta-merta jika kondom tidak lagi digunakan.
 

Apakah hubungan antara kondom lelaki dan penyakit kelamin?

  • Kondom adalah satu-satunya alat mencegah kehamilan yang boleh mengurangkan transmisi penyakit kelamin. Walaubagaimanapun, kondom tidak boleh menghalang pendedahan 100% transmisi penyakit kelamin dan hanya boleh mengurangkan pendedahan jangkitan penyakit kelamin.
  • Penggunaan kondom lelaki tidak mengurangkan transmisi jangkitan virus human papiloma (HPV) atau Trichomonas vaginalis.
  • Jangkitan sifilis dikurangkan 29% untuk penggunaan lazim dan boleh dikurangkan 50-71% apabila kondom lelaki digunakan dengan betul 100% pada setiap masa .
  • Jangkitan gonorrhea dan chlamydia dikurangkan lebih kurang 50% walaupun kondom digunakan 100% setiap masa.
  • Jangkitan herpes genital dikurangkan sebanyak kira-kira 40%.
  • Jangkitan HIV dikurangkan sebanyak kira-kira 85% apabila kondom digunakan dengan betul 100% dalam setiap masa.
 

Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan kondom lelaki?

Kebaikan kondom lelaki termasuk:
  • Salah satu kaedah mencegah kehamilan yang boleh mengurangkan transmisi jangkitan penyakit kelamin.
  • Kondom lelaki murah dan mudah diperolehi
  • Tiada kesan sampingan melainkan kepada sesiapa yang alah kepada lateks.
  • Kondom lelaki adalah kecil, mudah dibawa dan senang dikendali selepas digunakan.
 
Kekurangan kondom lelaki termasuk:
  • Sesetengah lelaki merasa kurang sensasi
  • Mungkin mengganggu semasa melakukan hubungan intim.
  • Memerlukan penggunaan yang konsisten.
  • Penggunaan kondom lelaki mempunyai kadar kegagalan kira-kira 14%.

 Video ini menunjukkan info tentang penggunaan kondom lelaki.

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest