3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

(EPISIOTOMI, INDUCE, FORCEP, VAKUM) KAEDAH BANTUAN SEMASA KELAHIRAN BAYI

 

Tempoh peringkat kedua kelahiran bayi boleh menjadi panjang dimana bayi anda boleh menunjukkan tanda-tanda bahawa dia di bawah tekanan dan susah untuk dilahirkan. Jika proses bersalin semakin panjang, semakin tinggi risiko bayi anda menghadapi. Oleh itu, terdapat banyak kaedah kelahiran bayi sering diperlukan untuk mempercepatkan proses kelahiran. Doktor anda akan memilih kaedah bantuan bergantung kepada keadaan yang mungkin timbul semasa anda bersalin.

Bilakah kaedah bantuan semasa kelahiran bayi digunakan?

Terdapat banyak sebab mengapa kaedah bantuan mungkin diperlukan, termasuk:

  • Anda tidak bertenaga lagi. Ramai ibu akan berasa terlalu letih untuk menolak bayi anda keluar jika proses kelahiran adalah panjang.
  • Rahim anda letih dimana pengecutan rahim tidak kuat untuk membantu menolak bayi anda lagi.
  • Kedudukan bayi tidak betul dimana kepala bayi tidak dapat masuk ke pangkal rahim.
  • Bayi anda berada dalam kedudukan songsang.
  • Bayi anda kekurangan oksigen dimana degupan jantung bayi menunjukkan tanda-tanda tekanan.
  • Bayi anda dilahirkan pramatang ataupun overdue.
  • Penggunaan epidural boleh mengurangkan kesakitan tetapi ia boleh menjadi sukar untuk ibu untuk mengetahui bila dan bagaimana untuk menolak bayinya.
  • Ibu yang mempunyai risiko kehamilan yang tinggi seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah pernafasan atau penyakit kardiovaskular dimana proses kelahiran tidak boleh terlalu panjang.

Apakah jenis kaedah bantuan semasa kelahiran bayi mungkin digunakkan?

Episiotomi 

Induce kelahiran

Penggunaan forcep

Penggunaan vakum

Anda mungkin minat membaca tentang tanda-tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi, dan jenis kaedah bantuan bersaline seperti induce, penggunaan vakum atau forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.

Video ini menunjukkan Jenis kaedah bantuan semasa kelahiran bayi anda.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest