eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KADAR DENYUTAN JANTUNG BAYI BOLEH MENENTUKAN JANTINA BAYI?

Adakah kadar denyutan jantung bayi penting? Adakah kadar denyutan jantung bayi boleh menentukan jantina bayi anda?  Ini sebenarnya teori yang cukup popular di ramalan jantina untuk masa yang lama. Kadar denyutan jantung bayi dalam kandungan sentiasa berubah apabila bayi semakin membesar.

Pada trimester pertama kira-kira minggu ke 8-10, purata kadar denyutan jantung bayi adalah dalam julat 170-200 bpm (seminit). Pada pertengahan kehamilan trimester kedua dan trimester ketiga, purata kadar denyutan jantung bayi adalah dalam antara 120-160 bpm.

Jika bayi bergerak dalam kandungan, kadar denyutan jantung bayi akan naik, sama seperti kadar jantung anda selaras dengan pergerakan kita. Walaubagaimanapun, ini tidak berkaitan dengan jantina bayi anda. Teori ini telah dikaji dan diuji. Keputusan kajian telah  menunjukkan bahawa kadar denyutan jantung  tiada kaitan dengan jantina bayi dan kadar denyutan bayi dalam kandungan tidak dapat menentukan jantina bayi.

 

Bilakah Denyutan Jantung Bayi bermula?

Denyutan  jantung  bayi akan bermula pada minggu ke-5, kadar denyutan jantung bayi bermula pada 80 bpm dan akan meningkat sebanyak 3.3bpm sehari untuk tempoh sebulan.

Anggaran kadar denyutan jantung bayi untuk minggu ke 5-9 ialah:

  • Minggu ke-5 bermula pada 80 dan berakhir pada 103 bpm.
  • Minggu ke-6 bermula pada 103 dan berakhir pada 126 bpm.
  • Minggu ke-7 bermula pada 126 dan berakhir pada 149 bpm.
  • Minggu ke-8 bermula pada 149 dan berakhir pada 172 bpm.
  • Minggu ke-9, denyutan jantungan bayi cenderung berdenyut dengan cepat iaitu antara julat 155-195 bpm.
  • Pada minggu ke-12, kadar denyutan jantung  mula berkurangan iaitu antara julat 120-160bpm.
 

Apakah cara untuk mengetahui kadar denyutan jantung bayi?

(1) Ultrasound scan

Video ini menunjukkan kadar degupan jantung bayi dalam ultrasound.

(2) Penggunaan Fetal Doppler

  • Penggunaan Fetal Doppler adalah alat mobile yang selamat dan mudah direka khas untuk kegunaan di rumah. Ia membenarkan ibu hamil mendengar denyutan jantung, pergerakan bayi dalam kandungan mereka dari seawal minggu ke 10-12.
  • Penggunaan fetal Doppler dicadangkan tidak digunakan lebih dari 10 minit. Anda boleh membaca arahan sebelum menggunanya. Jika anda tidak menjumpai denyutan jantung bayi anda, anda tidak perlu risau. Anda harus mendapatkan nasihat dan panduan daripada doktor anda tentang cara yang betul untuk menggunakan fetal Doppler.
  • Penggunaan fetal Doppler tidak boleh menggantikan pemeriksaan rutin doktor anda. Ia hanya boleh digunakan untuk memantau denyutan jantung bayi dari semasa ke semasa.

Video ini menunjukkan cara penggunaan fetal doppler.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest