MASALAH JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI) UNTUK IBU HAMIL
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

MASALAH JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI) UNTUK IBU HAMIL

 

Jangkitan saluran kencing (UTI), juga dipanggil jangkitan pundi kencing, adalah radang bakteria dalam saluran kencing. Ibu mengandung mempunyai risiko UTI yang meningkat bermula pada minggu ke-6 ke minggu ke-24.

 

Mengapa jangkitan saluran kencing (UTI) adalah lebih biasa semasa hamil?

  • UTI adalah lebih biasa semasa mengandung kerana terdapat perubahan dalam saluran kencing. Rahim duduk secara langsung di atas pundi kencing. Disebabkan rahim yang semakin membesar, peningkatan berat rahim boleh menyekat pengaliran air kencing dari pundi kencing dan ia boleh menyebabkan  UTI.
 

Apakah tanda-tanda dan gejala UTI?

  • Jika anda mempunyai jangkitan saluran kencing, anda mungkin mengalami satu atau lebih daripada gejala berikut:
  • Kesakitan atau ketidakselesaan apabila membuang air kencing
  • Keperluan untuk membuang air kecil lebih kerap daripada biasa
  • Perasaan segera apabila anda membuang air kecil
  • Darah atau lendir di dalam air kencing
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Kesakitan semasa persetubuhan
  • Menggigil, demam, berpeluh, air kencing terkeluar secara tidak sedar
  • Bangun dari tidur untuk membuang air kencing
  • Perubahan dalam jumlah air kencing, sama ada lebih atau kurang
  • Air kencing yang kelihatan keruh, berbau busuk atau luar biasa
  • Kesakitan, tekanan, atau kelembutan di kawasan pundi kencing
  • Apabila bakteria merebak ke buah pinggang anda mungkin mengalami: sakit belakang, kesejukan, demam, loya, dan muntah.
 

Bagaimana UTI akan menjejaskan bayi anda?

  • Jika UTI tidak dirawat, ia boleh membawa kepada jangkitan buah pinggang. Jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau berat bayi yang rendah. Jika doktor anda merawat jangkitan saluran kencing awal dan betul, UTI tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada bayi anda.
 

Bagaimana anda tahu jika anda mempunyai UTI?

  • Ujian air kencing dapat mengesan UTI sepanjang tempoh kehamilan anda.
 

Bagaimana UTI akan dirawat?

  • UTI boleh dirawat dengan antibiotik di mana ia diambil dengan selamat semasa mengandung. Doktor selalunya akan memberikan antibiotik selama 3-7 hari yang selamat untuk anda dan bayi.
  • Hubungi doktor anda jika anda mempunyai demam, menggigil, sakit perut, loya, muntah, kontraksi, atau selepas mengambil ubat selama tiga hari, anda masih mempunyai perasaan yang tidak selesa apabila anda membuang air kencing.
 

Bagaimana anda boleh mencegah UTI?

  • Anda mungkin masih mengalami jangkitan saluran kencing jika anda melakukan semua , tetapi anda boleh mengurangkan kemungkinan dengan melakukan perkara-perkara berikut:
  • Minum 6-8 gelas air setiap hari dan jus kranberi tanpa gula dengan kerap.
  • Elakan makanan ditapis, jus buah-buahan, kafein, alkohol, dan gula.
  • Mengambil Vitamin C (250-500 mg), Beta-karoten (25,000 hingga 50,000 IU sehari) dan Zink (30-50 mg sehari) untuk membantu melawan jangkitan.
  • Membentuk satu tabiat membuang air kecil dengan seberapa segera apabila anda mula rasai dan kosongkan pundi kencing anda sepenuhnya apabila anda membuang air kencing.
  • Membuang air kencing sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks.
  • Mengelak daripada melakukan hubungan semasa anda sedang dirawat untuk  UTI.
  • Selepas membuang air kecil, pastikan bahagian kemaluan kering (tidak gosok), dan memastikan kebersihan kawasan kemaluan anda. Pastikan anda mengelap dari depan ke belakang.
  • Elakkan dari menggunakan sabun yang kuat, douches, krim antiseptik, semburan kebersihan feminin, dan serbuk.
  • Tukar seluar dalam dan pantyhose setiap hari.
  • Elakkan daripada memakai seluar yang ketat.
  • Memakai semua seluar dalam diperbuat daripada kapas.
  • Jangan berendam dalam tab mandi lebih lama dari 30 minit atau lebih daripada dua kali sehari.

Video ini memberi info tentang jangkitan saluran kencing (UTI)

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest