3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

IVF (IN VITRO FERTILIZATION) – CARA UNTUK HAMIL

Prosedur IVF (in vitro fertilization)  

Apakah IVF?

  • In vitro fertilization juga dikenali sebagai test tube baby ialah proses meningkatkan peluang kehamilan dengan bantuan teknologi  dimana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub. Peluang kehamilan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini dimana IVF direka untuk membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopio yang tidak boleh hamil secara semula jadi.

Bagaimana IVF dibuat?

UNTUK WANITA

(a) Langkah 1
  • Penggunaan ubat kesuburan untuk mengawal tempoh ovulasi dan kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultrasound melalui faraj. Beberapa telur yang matang yang telah dirangsangkan oleh ubat kesuburan akan disedut keluar melalui proses “egg pickup” dengan bantuan ultrasound.
(b) Langkah 2
  • Beberapa telur yang telah disedut diletak bersama dengan sperma yang dikumpul di dalam tabung uji makmal dimana persenyawaan akan berlaku. Cara kedua ialah, sperma disuntik terus ke dalam telur melalui cara intracytoplasmic sperm injection (ICSI) di atas piring kaca. Melalui prosedur ini, proses persenyawaan adalah sangat tinggi. Proses pembahagian sel akan berlaku di mana embrio terjadi.
(c) Langkah 3
  • Embrio biasanya dipindahkan ke dalam rahim 1-6 hari selepas persenyawaan secara manual. Proses ini juga dikenali sebagai “embryo transfer”. Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda. Kateter kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda. Beberapa embrio terbaik yang telah dipilih akan masukkan melalui tiub ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang kehamilan. Ini dimana kembar bertiga ataupun berempat sering berlaku dalam kes IVF. Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini.
(d) Langkah 4
  • Anda diminta berehat pada masa yang singkat sebelum pulang ke rumah.
 

UNTUK LELAKI

(a) Langkah 1
  • Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada hari rawatan tersebut. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit.
(b) Langkah 2
  • Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekelilingnya. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan. Proses pencucian dan pemilihan sperma  mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sahaja sperma dipilih, IVF akan dilakukan.
(c) Langkah 3
  • Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan dalam tabung uji bersama telur dimana persenyawaan akan berlaku ataupun sperma disuntik terus ke dalam telur melalui cara intracytoplasmic sperm injection (ICSI) di atas piring kaca.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IVF?

Kadar kejayaan bergantung kepada beberapa faktor termasuk ciri-ciri pesakit dan jenis rawatan. Ia juga adalah pentung untuk difahami bahawa kadar kehamilan tidak sama seperti kadar kelahiran secara langsung.

  • 30-35% bagi wanita di bawah umur 35 tahun
  • 25% bagi wanita berumur 35-37.
  • 15-20% bagi wanita berumur 38-40.
  • 6-10% bagi wanita berumur lebih daripada 40 tahun.

Kadar kejayaan klinik infertiliti berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, anda harus memilih klinik infertiliti yang mempunyai informasi lengkap dan bantuan alat kehamilan yang terkini untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.

 

Video-video di sini menunjukkan cara dan bagaimana IVF (in vitro fertilisation) dijalankan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest