eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

IUI (INTRAUTERINE INSEMINASI) -CARA UNTUK HAMIL

 

IUI prosedur meningkatkan peluang kehamilan

Apakah IUI?

  • Intrauterine inseminasi ialah proses membantu meningkatkan peluang kehamilan dimana melibatkan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari sperma yang kurang aktif. Sperma yang bergerak pantas akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri apabila berdekatan dengan tempoh ovulasi dimana telur akan dibebaskan tidak lama lagi. Peluang persenyawaan  boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini.

Bagaimana IUI dibuat?

UNTUK WANITA

(a) Langkah 1
Tidak menggunakan ubat kesuburan
  • IUI dilakukan di antara hari ke-12 dan hari ke-16 kitaran haid anda dimana hari pertama merupakan hari pertama haid anda datang. Anda akan diberi ujian darah atau air kencing untuk mengenalpasti ovulasi anda.
  • Kebanyakkan doktor akan menyediakan ovulasi kit peramal untuk mengesan lonjakkan hormon LH dimana ovulasi akan berlaku tidak lama lagi.
ATAU
Penggunaan ubat kesuburan
  • Jika anda menggunakan ubat kesuburan untuk merangsang ovulasi, kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultrasound melalui faraj. Anda akan diberikan suntikan hormon untuk merangsang pembebasan telur apabila telur cukup matang.
(b) Langkah 2
  • Sperma akan dimasukkan 12-48 jam kemudian selepas ovulasi ditentukan ataupun selepas penggunaan ubat kesuburan. Ada juga doktor yang memilih membuat 2 kali IUI dalam satu kitaran haid dimana proses kedua akan dilakukan sekurang-kurangnya 12 jam selepas proses pertama.
  • Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda.Kateter kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda. Sperma kualiti yang terbaik yang telah dipilih akan masukkan melalui tiub. Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini.
(c) Langkah 3
  • Anda diminta berehat pada masa yang singkat sebelum pulang ke rumah.

UNTUK LELAKI

(a) Langkah 1
  • Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada hari rawatan tersebut. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit.
(b) Langkah 2
  • Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekelilingnya. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan. Proses pencucian dan pemilihan sperma  mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sahaja sperma dipilih, IUI akan dilakukan.
(c) Langkah 3
  • Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan di dalam kathetar kecil (tiub kecil) yang akan dimasukkan ke dalam rahim.

 sperma pemilihan & pencucian IUI

Adakah jumlah sperma penting untuk IUI?

  • Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Secara umumnya, 20 juta ke atas adalah ideal untuk IUI. Sekiranya jumlah sperma lebih rendah, peluang untuk kehamilan juga rendah.
 

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

  • IUI tanpa pengunaan ubat kesuburan,  kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%
  • IUI dengan pengunaan ubat kesuburan, kadar kejayaan boleh mencapai 30%
  • Jumlah sperma yang rendah dan kurang berkualiti, kadar kejayaan lebih rendah.
  • 2 kali IUI dalam satu kitaran akan meninggikan kadar kejayaan.
  • Kadar kejayaan untuk kali pertama pencubaan diantara 15-20%.

Jika anda masih gagal mengandung selepas beberapa kali pencubaan IUI, doktor anda mungkin dicadangkan melakukan IVF.

Video ini menunjukkan bagaimana IUI dijalankan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest