eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

Breast Pump Manual Atau Breast Pump Electrik ?

 

Mengapakah Anda Mengguna Breast Pump?

  • Ibu yang berkerja boleh memerah susu di tempat kerja, kemudian membawa pulang untuk diserahkan kepada pengasuh untuk memberi susu kepada bayi pada hari berikutnya. Mengepam juga boleh membantu melegakan bengkak payudara yang penuh. Ia boleh mengelakkan salur susu tersumbat dan meningkatkan bekalan susu.

Apakah Yang Anda Perlukan Untuk Memulakan Penggunaan Breast Pump?

  • Terdapat 2 jenis pam iaitu breast pump manual yang menggunakan tangan mengepam dan pam auto yang menggunakan elektik atau bateri.
  • Pam tangan lebih murah, mudah alih dan kadang-kadang lebih selesa tetapi pam elektrik lebih cekap untuk mengepam lebih banyak susu terutamanya pam elektrik yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara pada sekali.

Adakah Breast Pump Menyakitkan?

  • Ia tidak sepatutnya. Anda boleh mula dengan pam sedutan terendah dan secara beransur-andur anda boleh meningkatkan sedutan yang diperlukan untuk mengekalkan susu mengalir. Anda juga boleh memilih pam dengan cup yang lebih lembut dan selesa.
 

Berapa Lamakah Anda Harus Mengepam?

  • Anda disyorkan 2 kali sehari dimana setiap sesi hanya 15 hingga 20 minit sahaja.

Apakah Yang Anda Harus Lakukan Dengan Susu Selepas Ia Dipamkan?

  • Pam anda selalunya datang dengan garis panduan penyimpanan susu. Susu yang dipam boleh disimpan selama 7-10 jam pada suhu bilik. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam peti sejuk dan ia selamat digguna untuk beberapa hari. Jika anda menyimpannya di dalam peti beku ia boleh bertahan untuk beberapa bulan. Anda harus perhati bahawa susu yang dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.
  Nota: Anda juga mungkin meminati untuk membaca artikel tentang 20 tips penghasilan susu ibuTeknik menyusukan susu ibu kepada bayi, Cara menggunakan breastpump ataupun kebaikan susu ibu/susu formula.

Video ini menunjukkan bagaimana mengguna breast pump

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest