3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

IBU MENGANDUNG LEWAT USIA 30 AN – RISIKO KELAHIRAN KECACATAN YANG TINGGI?

Ibu mengandung lewat usia 30 an mempunyai risiko kelahiran kecacatan yang tinggi?

Pada zaman moden ini, wanita mengandung lewat usia 30 an adalah pada tahap tertinggi dalam tiga dekad. Ramai wanita terutama wanita yang mempunyai kerjaya masing-masing nak kejarkan harta, kedudukan, memiliki kereta dan rumah sendiri, kerjaya yang stabil sebelum kahwin. Bukan disebabkan kahwin lewat sahaja, ada juga yang kahwin awal, tetapi mempunyai masalah ketidaksuburan.

Apakah risiko-risiko ibu mengandung lewat usia 30 an?

Beberapa kajian menunjukkan bahawa komplikasi kehamilan pada wanita yang lebih tua adalah lebih tinggi berbanding wanita yang lebih muda. Ini mungkin disebabkan kromosom yang tidak normal, kekurangan bilangan telur dan telur yang tidak berkualiti bagi ibu mengandung lewat usia 30 an. Di antaranya termasuk:
  • Risiko keguguran
  • Komplikasi kehamilan yang tinggi termasuktekanan darah tinggi, penyakit kencing manis.
  • Kecacatan kelahiran termasuk sindrom down.
  • Kesukaran untuk bersalin
  • Pendarahan yang banyak selepas bersalin.
  • Meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan.
  • Risiko bayi dilahirkan awal (pramatang) dan dilahirkan kurang berat badan.
 

Adakah ibu hamil yang berusia lebih 30 an mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkan anak yang cacat?

Risiko melahirkan anak yang cacat meningkat dengan usia ibu yang semakin meningkat. Salah satu kecacatan kelahiran abnormal kromosom yang paling biasa ialah sindrom down. Peluang untuk mendapat bayi yang mempunyai sindrom down dan kelahiran abnormal kromosom yang lain disebabkan umur ibu hamil disenarai di bawah.

Umur ibu hamil

Sindrom Down

Abnormal kromosom yang lain

Umur 15 - 24

1/1300

1/500

Umur 25 - 29

1/1100

1/385

Umur 30 - 35

1/350

1/178

Umur 35 - 40

1/100

1/63

Umur >45

1/25

1/18

Apakah ujian pranatal yang anda perlu menjalani sekiranya anda mengandung lewat usia 30 an?

Terdapat beberapa ujian pranatal disediakan untuk membantu mengenalpasti atau mengesan keabnormalan kromosom dan kecacatan kelahiran genetik yang lain. Ujian mungkin termasuk: Doktor boleh merujuk ibu bapa kepada pakar genetik atau kaunselor genetik yang boleh menerangkan keputusan ujian kromosom secara terperinci, termasuk risiko berulang mungkin semasa kehamilan lain dan apa yang ujian boleh didapati untuk mendiagnosis masalah kromosom sebelum bayi dilahirkan.  

Bagaimana anda boleh meninggikan peluang untuk melahirkan bayi yang sihat walaupun anda sudah berusia?

Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi kehamailan termasuk:
  • Pengambilan asid folik dan vitamin pranatal yang mencukupi.
  • Kurangkan pengambilan berkafein yang boleh meningkatkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan diet seimbang dan berkhasiat.
  • Jangan merokok semasa hamil
  • Jangan minum alkohol semasa hamil.
  • Bersenam secara rutin seperti menjalani yoga kehamilan.
  • Minum air dengan banyak.
  • Menjalani rawatan pranatal yang rutin untuk memastikan kandungan anda dalam keadaan yang baik.
Video ini menunjukkan pengalaman ibu yang melahirkan anak pada lewat usia.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest