3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

HOROSKOP BAYI SAGITTARIUS (NOV 23- DEC 21)

HOROSKOP BAYI SAGITTARIUS (NOV 23- DEC 21)

Simbol Sagittarius Pemanah
Elemen Api
Planet   Jupiter
Personaliti Penjenaka, Optimistik, Berdikari, Murah hati, Ekstroversi, Jujur, Logical & dinamik
Warna bertuah Biru & Ungu
Batu bertuah Turquoise
Hari bertuah Khamis
Nombor bertuah 5
         
Horoskop Bayi Sagittarius:

Bayi Sagittarius penuh dengan tenaga, kecekapan, suka mengembara, dan bersemangat.Mereka adalah anak-anak yang sangat suka bermain. Semasa di sekolah, budak sagittarius suka terlibat dalam banyak aktiviti, sukan dan permainan. Oleh itu, mereka sering cedera dan mempunyai lebih banyak kesan lebam berbanding daripada kanak-kanak lain yang sama usia dengan mereka.Anda harus berjaga dan mengawal mereka daripada aktiviti yang bahaya. Mereka merupakan watak-watak yang pandai bergaul dan mengambil sebarang peluang untuk bersosial.  Secara amnya, mereka tidak malu berdepan dengan orang ramai dan boleh memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali di jalan.

 
Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk Horoskop Bayi Sagittarius anda:

Anda Mengajar anak-anak Sagittarius tentang nilai kewangan dan kerana sifat murah hati mereka boleh membawa kepada banyak wang perbelanjaan.Anda harus mengajar bayi anda tentang kejujuran sejak kecil lagi. Mereka suka perkara-perkara yang kecil seperti mengelikan mereka di atas sofa, memberitahu mereka jenaka atau apa-apa jua yang boleh memberi mereka peluang untuk ketawa bersama-sama dengan orang yang dikasihi. Anda juga boleh menganjurkan aktiviti luaran yang berlainan, kerana kanak-kanak Sagittarius suka tempat, permainan yang berbeza dan luar biasa. Ini juga boleh mengeratkan hubungan antara anda dengan anak anda.

 
Potensi Kerjaya pada Masa Depan:
Juruterbang, Peneroka, Professor.

  Video ini menunjukkan info tentang karekter horoskop bayi Sagittarius.

 

RELATED POST HOROSKOP BAYI:

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest