eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

TIPS MENJAGA LUKA EPISIOTOMI SELEPAS KELAHIRAN

 

Episiotomi adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Sejurus kepala bayi sampai ke mulut faraj, doktor akan mengebaskan kawasan pembukaan faraj dan membuat potongan. Terdapat 2 jenis potong iaitu:

  • Mediolateral: bersudut dari faraj dan ke dalam otot.
  • Midline: Kulit antara faraj dan dubur dipanggil perineum.

Kedua-dua potongan ini membuat pembukaan faraj lebih besar. Selepas kelahiran bayi dan uri dikeluarkan, luka akan dijahit dengan benang yang akan dihancur sendiri dalam beberapa hari.

 

Bilakah episiotomi diperlukan?

  • Tempoh kelahiran terlalu lama.
  • Kepala atau bahu bayi terlalu besar.
  • Kandungan sulung.
  • Ibu tidak mampu ataupun letih untuk menolak bayi keluar.
  • Bayi berada dalam keadaan tekanan dan stress
  • Bayi dalam kedudukan songsang.
  • Sebelum prosedur penggunaan forcep atau vakum.
 

Apakah kesan yang mungkin berlaku selepas episiotomi?

  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan
  • Jahitan terbuka
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Kesukaran untuk membuang air kencing.
  • Sakit semasa berjalan
 

Tips menjaga luka episiotomi

  • Pastikan luka episiotomi bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan dan membantu dalam proses penyembuhan.
  • Sapukan ubat ataupun krim yang diberikan oleh doktor anda.
  • Ambilkan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan.
  • Gunakan ais pek di kawasan faraj untuk ¬†mengurangkan bengkak dan kesakitan.
  • Tukarkan tuala wanita dengan kerap.
  • Minum air ataupun makan makanan yang mengandungi fiber tinggi untuk mengurangkan sembelit.
  • Jangan tangguhkan ke tandas untuk membuang air besar ataupun kencing.
  • Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila.
  • Anda harus banyak melakukan pergerakan di rumah untuk meningkatkan sistem pengaliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Pastikan anda duduk di tempat yang lembut.
  • Pakaikan seluar dalam yang bergentian kapas yang boleh mendedahkan faraj kepada udara.
Anda mungkin minat membaca tentang tanda-tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi, dan jenis kaedah bantuan bersalin seperti induce, penggunaan vakum atau forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.
Video ini menunjukkan sebab episiotomi dijalankan dan prosedur episiotomi semasa bersalin.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest