APAKAH KESAN IBU HAMIL DIJANGKIT CHICKEN POX SEMASA MENGANDUNG?
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

APAKAH KESAN IBU HAMIL DIJANGKIT CHICKEN POX SEMASA MENGANDUNG?

 

Apabila anda hamil, anda akan pastikan kandungan anda sihat dan dalam keadaan yang sempurna. Akan tetapi, ibu hamil senang terdedah dengan jangkitan kuman dan susah melindungi diri dari penyakit. Chicken pox adalah sejenis jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit yang boleh menjadi sangat serius. Terdapat beberapa cara untuk melindungi anda dan bayi anda jika anda diancam oleh chicken pox semasa mengandung.

 

Apakah Chicken pox?

  • Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air adalah sejenis jangkitan virus juga dipanggil varicella. Ia muncul sebagai bintik kecil jerawat atau ruam kemerahan. Demam dan sakit badan biasanya berlaku sebelum ruam muncul. Dalam kebanyakan kes, chicken pox biasanya dijangkit semasa zaman kanak-kanak, walaupun terdapat beberapa keadaan di mana orang dewasa yang kurang immunity akan dijangkit semula. Kira-kira 95% wanita yang menjangkau dewasa dan melahirkan anak adalah imun terhadap chicken pox.
 

Siapakah paling berisiko untuk dijangkit Chicken pox semasa mengandung?

  • Jika anda telah dijangkiti dengan chicken pox sekali sebelum ini, peluang untuk dijangkiti sekali lagi adalah paling rendah.
  • Jika anda BELUM dijangkiti chicken pox dan anda hamil, anda mungkin berisiko dijangkiti virus. Oleh itu, anda harus menjauhi diri daripada sesiapa sahaja yang dijangkiti chicken pox semasa mengandung.
  • Jika anda tidak pasti anda telah pernah dijangkiti cacar air, doktor anda boleh memberi anda ujian darah untuk menentukan sama ada anda mempunyai antibodi chicken pox. Jika ujian menunjukkan bahawa anda mempunyai antibodi, maka anda adalah imun terhadap chicken pox.
 

Bagaimana bayi anda akan terjejas jika anda dijangkiti chicken pox semasa mengandung?

Sama ada bayi anda akan dijangkiti atau kesan terhadap kandungan anda bergantung kepada usia trimester anda.

  • Jika chicken pox berlaku dalam trimester pertama, risiko kecacatan kelahiran adalah 0.5-1%
  • Jika chicken pox berlaku dalam minggu ke-13 dan ke-20, risiko kecacatan kelahiran adalah 2%
  • Jika chicken pox berlaku dalam masa kurang daripada 6 hari sebelum bersalin atau 1-2 hari selepas bersalin, 20-25% bayi anda akan dijangkiti chicken pox, yang dikenali sebagai kongenital varicella.
  • Jika chicken pox berlaku dalam tempoh 6-12 hari sebelum bersalin, terdapat peluang bahawa bayi anda masih boleh mendapat chicken pox. Dalam kes ini, bayi anda mungkin menerima beberapa suntikan antibodi chicken pox supaya kongenital varicella menjadi kurang serius.

Kecacatan kelahiran mungkin berlaku adalah seperti parut, masalah mata, pertumbuhan yang lemah, saiz kepala kecil, perkembangan bayi yang lambat, dan / atau terencat akal.

 

Apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi bayi anda dari jangkitan chicken pox?

  • Jika anda mempunyai chicken pox sebelum ini, maka tidak ada apa yang anda perlu lakukan untuk melindungi bayi anda daripada jangkitan chicken pox semasa mengandung. Badan anda mempunyai antibodi yang melindungi anda daripada dijangkiti chicken pox, oleh itu, bayi anda akan dilindung.
  • Jika anda tidak dijangkiti chicken pox sebelum ini, anda mungkin menerima suntikan zoster globulin imun (ZIG)iaitu suntikan immunoglobulin semasa anda mengandung dan bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai chicken pox. ZIG mesti diberikan dalam 4 hari pendedahan pertama. Ini hanya akan diberikan jika anda tidak mempunyai antibodi terhadap chicken pox.
  • Jika anda tidak hamil lagi, anda boleh mendapatkan vaksin chicken pox jika anda tidak mempunyai antibodi chicken pox. Anda perlu menunggu selama 3 bulan sebelum anda cuba untuk hamil.
 

Bolehkah seseorang dijangkit chicken pox dua kali?

  • Ianya jarang berlaku bahawa seseorang akan dijangkiti chicken pox sebanyak dua kali, tetapi kepada mereka yang mempunyai masalah imun adalah berisiko tinggi untuk dijangkit lagi. Terdapat juga kes-kes di mana mereka berfikir mereka pernah dijangkiti chicken pox sebelum ini, sedangkan ia adalah ruam biasa sahaja.

Video ini menunjukkan info tentang chicken pox semasa mengandung.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest