eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

CARTA TENDANGAN BAYI ( MENGIRA GERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN)

Mengapakah anda harus menggunakan carta tendangan bayi?

  • Semasa mengandung, bayi yang sihat biasanya adalah bayi yang aktif. Kiraan tendangan bayi merupakan ujian yang mudah yang boleh anda lakukan di rumah bagi memeriksa pergerakan bayi anda untuk memastikan pergerakannya cukup. Ini membantu anda memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari. Anda boleh DOWNLOAD carta tendangan bayi di SINI.
  • Menurut American College of Obstetrician dan pakar ginekology (ACOG) mencadangkan bahawa tempoh masa berapa lama anda boleh merasa 10 tendangan, gulung, tumbukan dan pergerakan lain bayi anda. Yang paling ideal ialah anda harus berasa sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam tempoh 2 jam.

Nota: Bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur, kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam. Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam.

Bilakah anda boleh mula merasa pergerakan bayi?

  • Pergerakan pertama biasanya boleh dirasa antara minggu ke-16 dan minggu ke-20. (bergantung dengan pergerakan cergas bayi dan ketebalan lapisan lemak anda). Kebanyakan ibu tidak sabar menunggu untuk merasa tendangan pertama yang meyakinkan. Bagi ibu-ibu buat kali pertama, ia mungkin berlaku dekat minggu ke-20 dan kadang-kadang sehingga minggu ke-25. Bagi ibu-ibu yang berpengalaman, ia mungkin berlaku lebih awal.

Bilakah anda harus mula mencatat carta tendangan bayi anda?

  • Anda sepatutnya mula mengira pergerakan bayi anda setiap hari pada bulan ketujuh kehamilan iaitu antara minggu ke-28 dan minggu ke-30 sehingga anda bersalin.

Pada waktu bilakah yang sesuai untuk mencatat carta tendangan bayi?

  • Anda boleh cuba menjadualkan kiraan sepakan sepanjang masa yang paling aktif bayi anda pada hari tersebut ataupun anda mempunyai masa lapang untuk mengira pergerakan bayi selama 3-4 jam. Anda juga cuba menjadualkan pada waktu yang sama setiap hari untuk mengawasi pergerakan bayi anda setiap hari.
  • Anda mungkin mahu mempunyai hidangan atau snek sebelum memulakan, anda mungkin telah menyedari bahawa, makanan sering membuat bayi anda terjaga dan aktif.

Apakah posisi yang sesuai untuk mencatat carta tendangan bayi?

  • Sesetengah ibu suka duduk merehatkan belakangnya dan memegang perut mereka sementara mengira.
  • Sesetengah ibu suka berbaring di sebelah kiri mereka. Berbaring di sebelah kiri anda paling berkesan untuk memerhati pergerakan bayi. Berbaring di sebelah kiri juga membolehkan edaran pendarahan yang lebih baik dan membolehkan bayi anda bergerak lebih aktif.
  • Anda juga boleh cuba beberapat minit senaman atau berjalan-jalan laju sebelum membuat pengiraan.

Bilakah anda perlu menjumpai doktor?

  • Jika anda telah mengikuti cara di atas dan tidak dapat merasai 10 tendangan 3-4 jam. Anda harus tunggu beberapa jam dan cuba lagi. Jika selepas mencuba kali kedua, anda tidak merasa 10 pergerakan dalam masa 2 jam, anda perlu hubungi  doktor anda segera.
  • Jika anda berasa corak tempoh pergerakan bayi anda luar biasa pada hari tersebut.

Nota: Bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur, kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam. Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam.

Nota: Bayi-ibu tidak membuat sebarang jaminan berkenaan dengan ketepatan maklumat ini. Maklumat di atas merupakan cadangan dan panduan untuk para ibu.  Maklumat ini juga tidak menggantikan nasihat daripada doktor anda.

Carta tendangan bayi

Arahan:

  1. Tulis tarikh dan masa yang anda memulakan kiraan sepakan.
  2. Mengira pergerakan sehingga bayi anda bergerak 10 kali.
  3. Membuat ‘X’  di sebelah minit jika bayi anda telah bergerak 10 kali.
  4.  Jika anda menghadapi kesulitan dimana bayi anda tidak bergerak semasa anda mula mengira pergerakannya.  Anda dinasihati bangun dan berjalan-jalan ataupun meminum jus buah-buahan. Kemudian, anda boleh baring dan cuba mengira sekali lagi.
  5. Jika pergerakan bayi anda menurun dengan ketara ataupun luar biasa, anda harus menghubungi doktor anda.
Contoh:  

 Video ini menunjukkan pergerakan bayi yang aktif sampai memusing-musing di perut ibu dia~

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest