3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

CARTA SUHU BADAN ASAS (BBT) & LENDIR SERVIKS

Apakah carta suhu badan asas, BBT?

Kitar ovulasi seseorang wanita boleh mempengaruhi suhu badan dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa folikel dan fasa luteal.

fasa folikel

  • BBT antara 97.0-97.5 (darjah Fahrenheit) ataupun 36.1-36.3 (darjah Celsius).
  • Kehadiran hormone estrogen menyebabkan suhu badan anda rendah.
  • Suhu berbeza antara satu sama lain, tetapi suhu harus berada di bawah coverline anda. ( Coverline ditunjukkan pada carta sampel ----- merah garis berputus-putus).

fasa luteal

  • BBT antara 97.6-98.9 (darjah Fahrenheit) ataupun 36.4-36.6 (darjah Celsius)
  • Berlaku selepas ovulasi dimana peningkatan suhu sekurang-kurangnya 0.2 (darjah Fahrenheit) ataupun 0.11 (darjah Celsius).
  • Hormon progesteron dirembeskan oleh folikel selepas ovulasi menyebabkan suhu badan anda meningkat.
  • Suhu akan kekal dalam julat yang lebih tinggi dimana suhu melebihi coverline.

Suhu sebenar yang dicatat kurang penting, tetapi corak BBT yang boleh menunjukkan dua tahap suhu boleh memberi info corak waktu subur anda dan boleh meramalkan kitar haid anda yang akan datang.

Jika anda tidak hamil

  • suhu akan kekal tinggi selepas ovulasi selama 10-16 hari sehingga corpus luteum merosot. Pada masa ini, paras hormon progesterone akan menurun mendadak menyebabkan suhu badan anda menurun dan kitar haid anda bermula.

Jika anda hamil

  • Suhu akan kekal tinggi selama 18 hari atau lebih selepas ovulasi (jika kitar haid anda ialah 28 hari), anda mungkin ada peluang hamil dan perlu menguji kehamilan.

Anda dinasihati mencatat carta suhu badan asas (BBT) untuk beberapa kitar ovulasi anda supaya anda tahu corak kitar ovulasi dan kitar haid anda teratur atau tidak teratur. Anda juga boleh membanding BBT bulan ini dengan BBT bulan seterusnya supaya anda mengenali corak BBT anda dan boleh membeza jika ada perubahan corak.  Sekurang-kurangnya 3 kitar ovulasi BBT dicatatkan supaya anda boleh mengetahui dengan tepat apabila menjangka ovulasi.

Nota: Kaedah ini hanya boleh digunakan kepada wanita yang mempunyai kitar haid teratur dan tidak sesuai untuk kitar haid tidak teratur.

Bagaimana mencatatkan carta suhu badan asas (BBT) dengan menggunakan thermometer ?

  • Anda dinasihati mengambil BBT anda pada waktu yang sama setiap pagi iaitu sejurus selepas anda bangun. Contohnya jika anda mengambil BBT anda pada jam 7am, bacaan yang boleh diterima ialah antara 6.30-7.30am.
  • Gunakan digital thermometer dimana ia paling mudah dibaca. Anda perlu menggunakan thermometer khas iaitu digital basal thermometer yang mampu merekodkan perubahan kecil dalam suhu anda. Basal thermometer adalah lebih sensitive dimana ketepatan sehingga 0.1 darjah (1/10) berbanding dengan thermometer biasa yang digunakan ketika demam dimana ketepatan sehingga 0.2 darjah (2/10).
  • Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 jam tidur tanpa gangguan sebelum anda mengambil BBT anda.
  • Anda boleh mendapat bacaan BBT dari mulut di bawah lidah dengan jarak yang sama. Pastikan anda kekalkan kaedah yang sama apabila anda mengambil bacaan BBT dengan mengikut langkah berikut:
  1. Sediakan carta suhu badan asas (BBT) anda atau DOWNLOAD dari SINI.
  2. Sebelum tidur, letakkan carta suhu badan asas (BBT), pen, kertas dan digital basal thermometer anda di sebelah katil anda.
  3. Thermometer haruslah diletak dimana tangan anda senang dicapai.
  4. Anda harus meletakkan thermometer dalam mulut anda di bawah lidah sejurus anda bangun dan tidak melakukan apa-apa lagi.
  5. Biarkan thermometer anda dalam mulut anda sehingga bunyi isyarat (biasanya bip), keluarkan thermometer dari mulut dan mengambil bacaan.
  6. Catatkan bacaan pada kertas dan plotkan pada carta suhu badan asas (BBT) anda.

Apakah Tanda-tanda kesuburan lain yang harus diperhatikan selain mencatat carta suhu badan asas (BBT)?

Mukus serviks juga mempunyai corak berlainan sepanjang kitaran anda. Anda boleh merasakan serviks anda dengan menggunakan jari anda.

Sebagai contoh (jika anda mempunyai kitar haid 28 hari)

  •  hari 1-6= tempoh haid anda
  •  hari 7-9= Kering; dimana tiada mukus yang banyak di jari anda
  •  hari 10-11= Melekit; dimana anda boleh mendapat mukus yang melekit di jari anda.
  • hari 12-15= Berkrim; dimana anda boleh mendapat mukus yang menjadi keputih-putihan seperti losyen apabila anda mengosokkan jari. Kadang-kadang ia berair. Ini juga merupakan tanda kesuburan anda.
  •  hari 16-18= telur putih mukus; dipanggil kerana persamaan dengan telur putih mentah. Ia sama ada jelas atau bercoret dan menghasilkan mukus yang tebal.
  •  hari 19-28=Kering; dimana tiada mukus yang banyak di jari anda.

 

 

Video ini menunjukkan bagaimana menganalisa carta BBT

/iframe>

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest