eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

APAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN??

Semasa hamil, jantina ditentukan oleh ciri-ciri kromosom iaitu sperma suami yang membawa kromosom X dan Y yang menentukan sama ada bayi akan menjadi lelaki atau perempuan. Ovum isteri hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri, XY (bayi lelaki) manakala XX (bayi perempuan).

Apakah cara untuk mendapatkan anak perempuan?

Waktu subur isteri

  • Sperma X bergerak dengan lebih perlahan berbanding sperma Y tetapi jangka hayatnya lebih panjang iaitu boleh hidup lebih daripada 24 jam.  Oleh itu, hubungan seks digalakkan berlaku 2 hari ataupun 24jam sebelum ovulasi, peluang untuk mendapat anak perempuan lebih tinggi.
  • Anda digalakkan mengadakan hubungan seks 2-3 hari berselang dalam seminggu sebelum tarikh ovulasi. Ini adalah untuk merendahkan jumlah sperma. Seorang lelaki mempunyai jumlah sperma yang rendah adalah lebih cenderung untuk mendapat anak perempuan.

Teknik hubungan intim

  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak perempuan ialah teknik tradisi semasa mengadakan hubungan seks.  Ini disebabkan teknik ini membenarkan penis ayah lebih jauh dengan servik dan jarak perjalanan yang lebih panjang membenarkan sperma X yang mempunyai hayat yang lebih panjang boleh bertahan lebih lama untuk mencapai telur. Anda digalakkan melakukan hubungan seks pada waktu sebelah petang.

Pemakanan

  • Makanan yang kaya dengan lemak, makanan yang dibuat daripada susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt.. Makanan yang berasid seperti buah limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas juga digalakkan. Amalkan juga memakan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli, biji pumkin, biji bunga matahari ataupun biji sesame.
  • Makanan berlaut tidak digalakkan.

Tahap keasidan faraj

  • Sperma X lebih bertahan dalam keadaan asid dan lebih cenderung kepada anak perempuan. Anda dicadangkan membasuhkan kemaluan anda dengan sedikit cecair berasid seperti lactacyd yang berasid ringan lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cara untuk mendapatkan anak perempuan ini boleh meningkatkan peluang untuk mendapat bayi perempuan.

Tahap kepuasan isteri dicapai kemudian selepas suami

  • Isteri  tidak perlu mendapat kepuasan yang tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita mewujudkan keadaan berasid yang boleh meransang pergerakan sperma X.

NOTA: Tiada jaminan 100% bahawa anda mencuba cara untuk mendapatkan anak perempuan di atas, tetapi ia boleh meningkatkan peluang anda. Ini merupakan kaedah semulajadi untuk memilih jantina anak anda, akan tetapi terdapat factor-faktor lain yang akan mempengaruhi apabila anda menggunakan kaedah-kaedah di atas. Walaubagaimanapun, tidak kira apa jantina anak anda, paling penting ialah anak anda sihat.

Share jika anda rasa baby girl comel~~

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest