eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

APAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI ??

 Semasa hamil, jantina ditentukan oleh ciri-ciri kromosom iaitu sperma suami yang membawa kromosom X dan Y yang menentukan sama ada bayi akan menjadi lelaki atau perempuan. Ovum isteri hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri, XY (bayi lelaki) manakala XX (bayi perempuan).

Apakah cara untuk mendapatkan anak lelaki?

Waktu subur isteri

  • Sperma Y dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y pendek, iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam sahaja. Oleh itu, hubungan seks digalakkan berlaku berhampiran ovulasi, peluang untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.
  • Anda tidak digalakkan mengadakan hubungan seks 1 minggu sebelum tarikh ovulasi. Ini adalah untuk mengekalkan jumlah sperma yang tinggi. Seorang lelaki mempunyai jumlah sperma yang tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapat anak lelaki.

Teknik hubungan intim

  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki ialah Teknik “doggie style” semasa mengadakan hubungan seks. Ini disebabkan teknik ini membenarkan penis ayah lebih dekat dengan servik dan jarak perjalanan yang lebih pendek membenarkan sperma Y yang agresif mencapai telur dahulu. Ini disebabkan sperma Y boleh bergerak dengan cepat tetapi tenaga boleh dihauskan dengan cepat. Oleh itu, hayat sperma Y adalah lebih pendek daripada sperma Y.
  • Anda digalakkan melakukan hubungan seks pada waktu malam.

Pemakanan

  • Makan daging merah, makanan laut, kacang seperti kacang hijau, hazelnuts, almond, makanan ringan yang masin seperti  keropok adalah digalakkan.
  • Makanan yang berasid seperti buah limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu  dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba.
  • Suami harus banyak minum minuman yang banyak soda seperti minuman cola. Suami juga digalakkan minum minuman berkafein seperti kopi 1 jam sebelum melakukan hubugan seks, ini dapat merangsang sperma Y lebih aktif.

Tahap kealkalian faraj

  • Sperma Y lebih bertahan dalam keadaan alkali dan lebih cenderung kepada anak lelaki. Anda dicadangkan menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan memasuki  cecair  “ bikarbonat” yang beralkali ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi. Cara untuk mendapatkan anak lelaki ini boleh meningkatkan peluang untuk mendapat bayi lelaki.

Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu sebelum suami

  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki ialah isteri harus mendapat kepuasan yang tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yang boleh meransang pergerakan sperma Y.

NOTA: Tiada jaminan 100% bahawa anda boleh mencuba cara untuk mendapatkan anak lelaki di atas meningkatkan peluang anda. Ini merupakan kaedah semulajadi untuk memilih jantina anak anda, akan tetapi terdapat factor-faktor lain yang akan mempengaruhi apabila anda menggunakan kaedah-kaedah di atas. Walaubagaimanapun, tidak kira apa jantina anak anda, paling penting ialah anak anda sihat.

SHARE jika anda rasa baby boy ini cute ~~

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest