eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

15 TIPS CARA MENGATASI MUNTAH DAN LOYA SEMASA HAMIL

Muntah mabuk kehamilan  

15 tips cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil

Mabuk hamil juga dikenali sebagai morning sickness sering berlaku pada awal kehamilan. Ia boleh berlaku bila-bila masa. Kebanyakkan bermula seawal Minggu ke-6 pertama dan berakhir pada lewat Minggu ke-16 bayi. Punca utama disebabkan oleh kehadiran hormone dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormone hCG. Senarai bawah menunjukkan 15 tips cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil:

  1. Anda boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan anda sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.
  2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya.
  3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda! Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.
  4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado; protein; keju; susu; yogurt; mentega, kacang disapu di craker dan roti; pasta dan lain-lain.
  5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.
  6. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.
  8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.
  10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.
  11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.
  12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.
  13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.
  14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan.
  15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk.
Video ini menunjukkan cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest