eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

ADAKAH BOTOL SUSU BPA MEMBAHAYAKAN BAYI ANDA?

 

Apakah BPA?

  • BPA bermaksud bisphenol A, bahan yang dimasukkan ke dalam semua produk polycarbonate (plastik) , seperti botol susu bayi, cawan sippy, mainan bayi dan lain-lain. BPA juga boleh didapati dalam lapisan beberapa tin susu formula bayi. Ia adalah bahan kimia yang popular kerana ia tahan lama dan tahan haba.
 

Adakah botol susu BPA membahayakan anak anda?

  • Kajian menunjukkan pendedahan jangka panjang botol susu bayi polycarbonate yang mengandungi bisphenol-A (BPA) mungkin boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Ibu bapa sering memanasan botol pada suhu yang tinggi/ atau gelombang mikro untuk membasmikan kuman. Akan tetapi, bayi anda boleh menelan kuantiti kecil BPA yang dikeluarkan oleh botol polycarbonate jika botol telah dipanaskan pada suhu yang tinggi.
  • Sesetengah kajian menunjukkan bahawa BPA adalah selamat dalam dos yang disyorkan. Akan tetapi, kebanyakkan kajian menunjukkan bahawa BPA meningkatkan risiko kesihatan yang negative kepada manusia walaupun dos yang rendah.
 

Bagaimanakan botol susu BPA boleh menjejaskan anak anda?

  • Kajian menunjukkan BPA adalah bahan gangguan hormon yang meniru hormone estrogen. Bahan kimia ini mendorong "palsu" estrogen menjejaskan badan bayi anda dari segi keseimbangan hormon yang diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat. Pendedahan kepada BPA yang tinggi boleh dikaitkan dengan perkembangan sistem pembiakan bayi lelaki dan permulaan awal baligh bayi perempuan. BPA boleh meningkatkan risiko kanser payudara, ovari, atau kanser prostate pada lewat usia. BPA boleh menjadi faktor risiko untuk gangguan hiperaktif (ADHD) dan boleh menjejas aktiviti kimia otak, walaupun dalam dos yang rendah. Disebabkan berat badan yang rendah, sistem organ yang tidak matang dan kadar metabolic yang tinggi, kanak-kanak dan bayi lebih senang terjejas kepada kesan negatif BPA.
 

Bagaimana botol susu BPA boleh menjejaskan bayi dalam kandungan?

  • Beberapa kajian menunjukkan pendedahan BPA boleh memberi kesan negatif pada sistem saraf jani. Janin akan terdedah kepada BPA di mana ibu hamil memanaskan makanan dalam bekas polycarbonate atau minuman dari botol air yang dibuat dengan BPA. BPA juga telah dikaitkan boleh meningkatkan risiko keguguran.
 

Apakah langkah-langkah penggunaan dan pemilihan botol susu?

  • Anda dinasihati memilih botol kaca. Kaca tidak mengandungi mana-mana plastik, jadi ia tidak mempunyai apa-apa bahan kimia yang kontroversi.
  • Menggunakan jag berisi air panas atau pemanas susu botol yang khas untuk memanaskan botol polycarbonate anda.
  •  Memilih botol susu BPA-free walaupun harganya adalah lebih mahal daripada botol susu plastik yang mengandungi BPA.
  • Memilih botol susu plastik yang boleh dikitar semula. Kebanyakkan produk polycarbonate tidak dikitar semula. Jika botol susu plastik boleh dikitar semula, ia boleh dianggap plastik “selamat”. Terdapat logo kitar semula yang boleh dikesan di bahagian bawah botol, mempunyai segi tiga yang diperbuat daripada tiga anak panah.
  •  Perhatikan nombor kitar semula. Elakkan membeli botol susu plastik bertanda dengan 7 atau "PC", yang mungkin masih mengandungi BPA. Anda harus membeli botol susu bayi yang mempunyai nombor  1, 2, 4 atau 5 di dalam segitiga di bahagian bawah botol yang dikatakan lebih selamat.
 

Video ini menunjukkan info tentang botol susu BPA.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest