3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

ANTENATAL CHECK UP / PRANATAL PEMERIKSAAN UNTUK IBU HAMIL

Antenatal check up /pranatal pemeriksaan

  • Penjagaan antenatal adalah penjagaan semasa kehamilan atau kelahiran bayi. Tujuan penjagaan antenatal adalah untuk memantau perkembangan bayi dan kesihatan kedua-dua ibu dan kandungan bayinya. Maklumat, nasihat, pemeriksaan dan rawatan akan diberikan kepada ibu hamil apabila membuat lawatan antenatal check up di klinik kesihatan ataupun hospital. Semua ibu hamil memerlukan penjagaan antenatal check up yang tetap semasa mengandung.
 

Apakah tujuan utama penjagaan antenatal check up ?

Untuk mengekalkan keadaan kesihatan yang optimum untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

  • Masalah perubatan boleh dipantau seperti tekanan darah tinggi
  • Masalah komplikasi kehamilan boleh diuji dan dirawat seperti kencing manis semasa hamil.
  • Untuk mengesan keabnormalan dan komplikasi kehamilan di peringkat awal melalui ujian.
  • Masalah kandungan boleh diuji melalui ultrasound, amniocentesis, CVS dan ujian darah.
  • Untuk mendidik ibu hamil tentang kehamilan dan kelahiran bayi terutamanya kepada ibu kali pertama. Ia membantu ibu hamil untuk menghilangkan kebimbangan dan ketidaktahuan.
  • Ibu hamil boleh dirujuk kepada kumpulan sokongan atau kelas antenatal.
 

Bila dan berapa kerap anda harus membuat lawatan antenatal check up?

  • Apabila anda berfikir anda mungkin hamil dengan tanda tanda awal kehamilan, anda harus membuat lawatan antenatal check up pertama yang boleh dijadualkan pada minggu ke-8 dan minggu ke-12.
  • Bilangan sebenar untuk membuat lawatan antenatal check up bergantung pada kehamilan individual. Jika anda ibu kali pertama, anda mungkin perlu membuat lawatan antenatal check up secara purata sebanyak 10 kali.
  • Jika anda mempunyai pengalaman dan merupakan kandungan kedua keatas, anda mungkin perlu membuat lawatan secara purata sebanyak 7 kali.
  • Jika ibu hamil mempunyai keadaan perubatan yang kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain-lain ataupun mempunyai risiko kehamilan yang tinggi seperti lewat usia, anda mungkin perlu berjumpa doktor anda lebih kerap.
  • Anda dicadangkan untuk membuat jadual lawatan antenatal check up bulanan sehingga minggu ke-28 bayi, jadual lawatan dua minggu sekali  sehingga minggu ke-36 dan jadual setiap minggu sehingga bersalin.
 

Apa yang akan dilakukan pada lawatan antenatal?

Semasa lawatan pertama antenatal check up anda,  sejarah perubatan anda dan keluarga anda, pemeriksaan fizikal dan ujian akan dilakukan.  Oleh itu, anda harus bawalah segala dokumen berkaitan dengan kesihatan anda apabila anda merancang menjalankan lawatan pertama anda. Anda juga diminta ingat tarih tempoh terakhir haid (LMP) untuk mengira tarikh jangkaan lahir bayi (EDD) ataupun mengikut tarikh scan pertama (REDD).  
(a) Soalan Sejarah perubatan yang akan ditanya
  • Tarikh tempoh terakhir haid (LMP) dan kitaran haid anda teratur atau tidak.
  • Sebarang tanda awal kehamilan seperti muntah dan keloyaan, pendarahan dan lain-lain.
  • Sejarah kesihatan anda,pasangan anda dan keluarga anda. Ini merekodkan sebarang kebarangkalian ibu hamil untuk mendapat keabnormalan kongenital atau penyakit yang diwarisi seperti Thalassaemia (penyakit darah).
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi atau sejarah pembedahan yang anda pernah dilakukan
  • Ubat-ubatan yang anda ambil termasuk produk herba, ubat-ubatan semula jadi atau tradisional.
  • Gaya hidup anda termasuk tabiat merokok, pengambilan dadah atau alcohol, pemakanan, senaman dan tekanan di tempat kerja.
 
(b) Pemeriksaan fizikal
  • Mengukur berat badan & ketinggian anda.
  • Memeriksa tekanan darah anda.
  • Pemeriksaan am termasuk memeriksa konjunktiva sama ada anda anemia, memeriksa kaki dan tangan sama ada bengkak ke tidak.
  • Memeriksa denyutan jantung dan paru-paru melalui stethoscope.
  • Memeriksa payudaru dan abdomen anda.
 
(c) Ujian yang dilakukan
  • Memeriksa pelvis anda termasuk ujian pap smears untuk menguji kanser serviks.
  • Melakukan ujian air kencing. Kehadiran gula dalam air kencing menunjukkan anda mungkin mempunyai masalah kencing manis semasa hamil manakala kehadiran protein dalam air kencing menunjukkan anda mungkin mempunyai masalah jangkitan saluran kencing (UTI).
  • Melakukan ujian darah untuk memeriksa tahap hemoglobin (HB) , kumpulan darah, rhesus (RH), Hepatitis B, HIV dan VDRL (untuk sifilis).
  • Melakukan ultrasound untuk memastikan kandungan anda dalam rahim anda dan bukan ektopik luar rahim ataupun kehamilan molar, serta usia sebenar bayi (GA) untuk menentukan jangka tarikh lahir bayi (EDD). Kehadiran denyutan jantung bayi juga akan dipantau dan memastikan tiada masalah pelvis seperti kehadiran ovarian cyst dan sebagainya.

Video ini menunjukkan info tentang antenatal check up untuk ibu hamil.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest