eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – PENGGUNAAN ALAT IUD (INTRA UTERINE DEVICE)

 

Apakah alat IUD (intra uterine device)?

  • Alat IUD adalah salah satu kaedah mencegah kehamilan alat kontrasepsi yang berbentuk T yang diletakkan di dalam rahim. IUD adalah sekeping plastik yang mengandungi kupur (copper) atau hormon progesterone sintetik yang boleh mencegah kehamilan.
 

Bagaimanakah alat IUD berfungsi?

Kedua-dua IUD yang mengandungi kupur (copper) ataupun progesteron mencegah kehamilan termasuk:

 
  • Patch kawalan kelahiran menghalang ovari daripada membebaskan telur, yang juga dikenali sebagai ovulasi.
  • Menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang dan tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah.
 

Untuk IUD yang mengandungi progesteron seperti MIRENA mempunyai fungsi tambahan iaitu

 
  • Menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur disenyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.
  • Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak kerana ia membantu mengurangkan pendarahan haid.
 

Bagaimana anda menggunakan alat IUD?

  • Doktor anda akan melakukan pemeriksaan pelvis dan ujian pap smears sebelum alat IUD dimasukkan melalui faraj dan serviks ke dalam rahim.
  • Lawatan medical check up dijadualkan 2-3 bulan selepas IUD dimasukkan. Melainkan anda ada masalah ataupun pemeriksaan medical check up tahunan, anda tidak perlu melawat doktor sehingga ia dikeluarkan. IUD boleh dipakai selama 5 tahun bergantung kepada jenis.
 

Bagaimana keberkesanan alat IUD?

  • IUD copper mempunyai kadar kegagalan yang kurang daripada 1%. Bagi IUD yang mengandungi hormon seperti mirena adalah lebih efektif daripada IUD copper iaitu kadar kegagalan yang kurang daripada 0.1%.
 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan alat IUD?

Terdapat pelbagai kesan sampingan, risiko kesihatan dan langkah berjaga-jaga yang perlu anda tahu apabila anda memilih penggunaan alat IUD termasuk:

 
  • Muram
  • Jerawat
  • Sakit kepala
  • Payu dara tegang
  • Sakit pelvis
  • Kekejangan (IUD copper)
  • Pendarahan meningkat semasa haid (IUD copper)
  • Loya
  • Terdapat peningkatan risiko jangkitan pelvis, terutama bagi wanita yang mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual.
 

Adakah alat IUD membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

  • Ya. Sebaik sahaja alat kontrasepsi IUD dikeluarkan, anda boleh hamil semula dengan serta-merta.
 

Apakah hubungan antara alat IUD dan penyakit kelamin?

  • Alat IUD TIDAK memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit kelamin
 

Apakah kebaikan dan kekurangan menggunakan alat IUD?

Kebaikan penggunaan alat IUD termasuk:
  • Mudah dan amat berkesan.
  • Ia tidak mengganggukan anda semasa melakukan hubungan intim.
  • Mudah - anda tidak perlu membuat apa-apa apabila ia diletakkan di dalam rahim
  • Ia boleh digunakan sehingga 5 tahun.
  • IUDs yang mengandungi hormone boleh meringankan pendarahan haid dan kurang menyakitkan
  • Anda boleh hamil dengan segera apabila IUD dikeluarkan.
 
Kekurangan penggunaan alat IUD termasuk:
  •  Ia hanya boleh diperolehi melalui preskripsi dari doktor anda.
  • Pendarahan yang tidak teratur atau bertompok-tompok mungkin berlaku semasa 3-6 bulan pertama
  • IUD copper boleh meningkatkan kekejangan dan pendarahan semasa tempoh kitaran haid
  • Mungkin mempunyai kesan sampingan hormone seperti perubahan mood, jerawat, sakit kepala, sakit dan tegang pada payudara, dan loya (IUD hormon).

Video ini menunjukkan info tentang penggunaan alat IUD.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest