eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

ADAKAH 2D DETAIL SCAN ULTRASOUND PENTING UNTUK BAYI?

Apakah detail scan?

Detail scan juga dikenali sebagai anomaly scan dalam 2D ultrasound scan. Detail scan dicadangkan dilakukan antara minggu ke-18 dan minggu ke-24 untuk bayi. Tujuan utama detail scan ialah

  • Menilai umur bayi (GA), perkembangan dan kedudukan bayi.
  • Mengetahui perkembangan dan struktur keabnormalan bayi. Detail scan boleh mengesan 80% fizikal keabnormalan yang serius. Akan tetapi, scan ini tidak dapat mengesan kecacatan kromosom seperti sindrom Down. Hanya ujian amniosentesis ataupun CVS yang boleh mengesan kecacatan kelahiran kromosom yang lebih tepat.
  • Menilai tahap air ketuban dan kedudukan uri.
 

Ultrasound detail scan biasanya mengambil masa kira-kira 20 minit. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa yang lama terutamanya apabila kedudukan bayi tidak ideal untuk melihat organ-organ badan tertentu seperti jantung apabila tulang belakang bayi menghadap ke atas. Kadang-kadang, ultrasound scan mungkin perlu dijadual semula jika kedudukan bayi sukar discan.

 

Apakah fizikal struktur bayi yang paling utama boleh dikesan dalam detail scan?

  • Kepala termasuk pengukuran struktur otak
  • Fizikal muka termasuk bibir, tulang hidung, lens mata
  • Leher
  • Structur jantung
  • Abdomen termasuk perut, buah pinggang, usus, diafragma, paru-paru, pundi kencing dan sebagainya.
  • Tulang kaki dan tangan termasuk jari .
  • Jantina
  • Servik ibu
  • Pemasukan tali pusat pada badan bayi (cord insertion).
  • Tahap air ketuban
  • Kedudukan uri.
  • Kedudukan bayi.
 

Bagaimana ketepatan ultrasound detail scan mengesan keabnormalan janin?

  • Ultrasound kini digunakan dengan meluas untuk mengesan keabnormalan janin dalam kehamilan. Walau bagaimanapun, kadar pengesanan keabnormalan janin boleh berbeza iaitu di antara 16-85%. Kecacatan yang serius memberi pengesanan yang lebih baik iaitu antara 60-86%. Sesetengah kecacatan hanya berlaku pada lewat kehamilan . Contohnya ventriculomegaly or hydrocephalus (pengumpulan cecair di dalam otak ) menjadi berlebihan di peringkat akhir kehamilan. Oleh itu, dalam kes-kes tersebut, anda dicadangkan membuat ultrasound scan di peringkat kehamilan yang membeza.
  • Pengesanan bergantung kepada kualiti imej ultrasound. Imej yang lebih jelas akan meningkatkan pengesanan keabnormlan. Faktor yang akan menjejaskan kualiti imej ultrasound termasuk:
 

(a) Ketebalan lapisan tisu lemak ibu

  • Semakin tebal lapisan tisu lemak, kualiti imej akan semakin rendah. Ini disebabkan oleh pembiasan dan penembusan ultrasound bunyi lebih lemah berbanding dengan ibu yang kurus.
 

(b) Kedudukan bayi

  • Kedudukan janin adalah penting. Contohnya, jika tulang belakang bayi adalah menunjuk ke atas, ia akan menjadi sangat sukar untuk melihat struktur jantung bayi disebabkan bayang-bayang tulang belakang bayi menjejaskan kelihatan struktur jantung bayi.
 

(c) Kekurangan air ketuban (oligohydramnions)

  • Cecair air ketuban merupakan media yang baik untuk perjalanan gelombang ultrasound. Jika air ketuban semakin berkurang, keputusan kualiti imej juga akan menjadi kabur.
 

(d) Kualiti mesin

  • Sebuah mesin yang lebih mahal akan mempunyai fungsi dan kualiti imej yang lebih baik berbanding dengan mesin kos rendah.
 

(e) Pengalaman dan teknik pemeriksa

  • Akhirnya, Pengalaman pemeriksa juga menjejaskan kadar pengesanan. Ilmu seseorang pemeriksa untuk sonography ultrasound amat penting untuk mengesan keabnormalan dalam ultrasound scan.
 
Jadual di bawah menunjukkan keabnormalan biasa yang boleh dikesan dan peluang yang dilihat dalam detail scan.
Masalah         Penerangan Peluang untuk dilihat dalam scan
Spina bifida Sumbing pada tulang belakang, terdapat jarak antara vertebra. Saraj tunjang tidak berkembang dengan sempurna. 90%
Anencephaly Tiada tempurung kepala bayi 99%
Hydrocephalus Penumpuan cecair di otak secara berlebihan sehingga tengkorak kepala bertambah besar. 60%
Major congenital heart problems Keabnomalan struktur jantung seperti jantung berlubang. 25%
Diaphragmatic hernia Terdapat lubang pada diafragma membolehkan organ-organ abdomen bergerak ke dalam dada dan menyekat perkembangan paru-paru. 60%
Exomphalos/ gastroschisis Kecacatan pada dinding abdomen 90%
Major kidney problems Ketiadaan atau kecacatan buah pinggang. 85%
Major Limb abnormalities Ketiadaan tulang atau tulang kaki dan tangan yang terlalu  pendek. 90%
Cerebral palsy Kelumpuhan otak besar Tidak dapat dikesan
Autism Gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Tidak dapat dikesan
Sindrom down Masalah berkaitan dengan jantung dan sistem perkumuhan. ~40%

Sumber: Kolej Diraja Obstetrician dan Gynaecologists (2000)

 
  • Kira-kira 20% daripada semua keabnormalan tidak akan dilihat dalam ultrasound detail scan kerana keabnormalan ini adalah sukar untuk mengesan atau keabnormalan ini muncul di bahagian akhir kehamilan anda. Jadi, ada kemungkinan bahawa bayi anda mungkin mempunyai keabnormalan pada kelahiran yang tidak dikesan semasa ultrasound detail scan.
 
Jadual dibawah menunjukkan ketepatan ultrasound scan mengesan keabnormalan bayi dalam peringkat kehamilan yang berbeza.
Minggu Kecacatan utama Struktur Jantung Spina bifida Sindrom down
10-14 10-30% Tidak dapat dikesan Tidak dapat dikesan 50-85%
18-22 80-95% 10-35% 80-90% 10-30%
28-40 80-100% 10-60% 75% <10%
 

 Video ini menunjukkan sebahagian daripada detail scan dijalankan.

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest