eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

10 GEJALA DAN TANDA TANDA AWAL KEHAMILAN

Di bawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tidak langsung. Namun, anda mungkin juga tidak mengandung walaupun anda mengalami sebahagian daripadanya.

10 gejala dan tanda-tanda awal kehamilan termasuk:

1)Kelewatan haid

Kelewatan haid merupakan salah satu tanda awal kehamilan yang paling umum. Jika kitar haid anda teratur, haid yang lambat lebih dari seminggu mungkin adalah satu tanda awal kehamilan. Oleh itu, anda harus melakukan ujian kencing kehamilan. Jika kitar haid anda tidak teratur, kemungkinan besar haid anda lewat akibat tekanan stress, cara pemakanan ataupun keletihan.

 
tanda kehamilan haid lewat
 

2)Loya dan muntah

Loya dan muntah juga dikenali sebagai morning sickness dimana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Gejala ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam darah terutama hormon hCG boleh menyebabkan rasa mual. Keloyaan biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan dan mula akan berhenti apabila anda masuk trimester kedua kehamilan. Anda mungkin meminati membaca tips untuk mengurangkan loya dan muntah.

 
tanda kehamilan loya dan muntah

3)Sakit dan tegang buah dada

Salah satu tanda awal kehamilan perubahan fizikal ialah perubahan pada payudara anda. Anda boleh berasa sakit dan tegang pada payudara yang semakin membesar dan berat. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone. Payudara anda akan menjadi sensitif dan akan berasa sakit dan tegang apabila payuda dipegang.
 
tanda kehamilan sakit dan tegang buah dada
 

4)Berasa letih dan mengantuk

Berasa letih dan mengantuk untuk ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Ia juga akibat dari  kerja beberapa organ penting seperti buah pinggang, jantung, dan paru-paru yang semakin bertambah untuk ibu dan perkembangan bayi yang pesat dalam awal kandungan.

 
tanda kehamilan letih dan mengantuk
 

5)Sakit belakang

Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamil dan jangkitan saluran kencing selama kehamilan boleh menyebabkan sakit belakang di kalangan ibu hamil.

 
tanda kehamilan sakit belakang
 

6)Sakit kepala yang kerap dan muram

Gangguan sakit kepala yang sering berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan oleh rasa lelah, loya, muntah lapar dan tekanan darah rendah. Perubahan hormon di tubuh badan ibu hamil menyebabkan emosi ibu terganggu dan berasa muram.

 
tanda kehamilan sakit kepala dan muram
 

7)Rasa kelaparan yang berpanjangan

Sesetengah ibu hamil rasa mual apabila mencium bau makanan tertentu. Akan tetapi, sesetengah ibu hamil sangat ingin makan makanan khusus tertentu dan berasa kelaparan yang berpanjangan. Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu hamil.

 
tanda kehamilan kerap makan rasa lapar
 

8)Perubahan warna pada sekeliling payudara

Puting susu anda akan semakin membesar dan warna pada sekeliling payudara akan semakin gelap. Kadang-kadang ia juga terasa gatal. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone.

 
tanda kehamilan perubahan warna aveola buah dada
 

9)Kekerapan kencing

Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sistem sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesat dalam kandungan. Oleh itu, buah pinggang anda bekerja lebih keras dan menghasilkan air kencing yang lebih banyak.
 
tanda kehamilan kerap kencing
 

10)Ujian air kencing yang positif

Akhirnya, anda boleh menggunakan alat ujian kencing kehamilan (UPT) untuk mengesan kehamilan. Jika ia menunjukkan positif, jangan anda berasa gembira dahulu sebelum anda menjumpai doktor anda untuk menjalani ultrasound scan. Ini adalah memastikan kehamilan bukan kehamilan luar rahim ataupun kehamilan molar (anggur). Walaubagaimanapun, keputusan positif menunjukkan peluang kehamilan anda adalah sangat tinggi!
tanda kehamilan ujian air kencing

 Video ini menunjukkan tanda-tanda awal kehamilan yang mungkin anda mengalami.

Jom kunjungi eShop kami : (www.bayi-ibu.com/eShop) ... Harga Jualan murah untuk barangan bayi dan ibu !!

Angeltalk Fetal doppler (mendengar denyutan bayi ) RM125 (termasuk kos penghantaran : malaysia sahaja)

Tekan link ini untuk maklumat lanjut di eShop kami : http://bayi-ibu.com/eShop/angeltalk-fetal-heart-doppler-detector-pink/

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest